Blog Mohd Isa bin Abd Razak, mantan pendidik, bermula Januari 2009, bertumpu pada bidang bahasa Melayu dan pendidikan. Pancarkan akhlak mulia dalam penulisan kita.
Mantan pendidik guru, Bolehkah saya bertanya tentang hal ini?:- Bagaimana pula dengan perkataan yang terbentuk jika perkataan bumi dengan perkataan putera digabungkan?
Perkataan “bumiputera” memang mempunyai dua kata dasar, iaitu “bumi” dan “putera”. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2008: 134 – 135) menyedari hal ini. Namun, oleh sebab penggunaannya (pengejaannya) sudah mantap, “bumiputera” tetap dieja sebagai satu perkataan. Perkataan lain yang disenaraikan oleh Tatabahasa Dewan ialah: 1. antarabangsa 2. jawatankuasa 3. kakitangan 4. kerjasama 5. matahari 6. olahraga 7. pesuruhjaya 8. setiausaha 9. sukarela 10. suruhanjaya 11. tandatangan 12. tanggungjawab 13. warganegara
Mantan pendidik guru,
BalasPadamBolehkah saya bertanya tentang hal ini?:-
Bagaimana pula dengan perkataan yang terbentuk jika perkataan bumi dengan perkataan putera digabungkan?
Salam.
BalasPadamPerkataan “bumiputera” memang mempunyai dua kata dasar, iaitu “bumi” dan “putera”. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2008: 134 – 135) menyedari hal ini. Namun, oleh sebab penggunaannya (pengejaannya) sudah mantap, “bumiputera” tetap dieja sebagai satu perkataan. Perkataan lain yang disenaraikan oleh Tatabahasa Dewan ialah:
1. antarabangsa
2. jawatankuasa
3. kakitangan
4. kerjasama
5. matahari
6. olahraga
7. pesuruhjaya
8. setiausaha
9. sukarela
10. suruhanjaya
11. tandatangan
12. tanggungjawab
13. warganegara
Terima kasih kerana sudi berinteraksi di sini.
Wassalam.