SEDERHANA
Mengisahkan semua manis wangi
hilang peribadi pagi
baiknya sederhana.
Diam pun penat
terconteng dua kalimat:
mengharamkan kata lelah
Kinabalu semakin rendah.
BISING
Demikian kehendak
temberang pun lari
temberang pun lari
menurut kalah
menyumpah diri.
RASMI SAFAR
Pemimpin, Mei 1974, hlm. 40.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi meninggalkan ulasan.