17 Ogos 2010

Kata Penguat + Penegas

Sari “Soal Jawab Bahasa” (SJB), majalah Pelita Bahasa, Ogos 2010.

1. Ada kata penguat boleh diikuti oleh kata penguat yang lain. Contohnya, kata penguat “sungguh” boleh disertai oleh kata penguat “sekali”. Ayat contohnya ialah “Sungguh indah sekali pemandangan di tepi laut pada petang itu”.

2. Kata penguat yang kedua, iaitu sekali, seperti dalam ayat contoh yang di atas berfungsi sebagai penegas.

3. Perlu diingat, imbuhan ter- yang menjadi awalan kata adjektif menunjukkan makna yang tidak terhingga atau perbandingan yang tertinggi. Ayat contoh: “Pemain bola sepak yang terhebat di dunia ialah Lionel Messi”. Awalan ter- pada perkataan “terhebat” bermakna “paling”. Jadi tidak bolehlah kita menggunakan ungkapan *paling terhebat. Namun kita boleh menggunakan ungkapan paling hebat dan hebat sekali.