30 Jun 2012

Kisah: Jumlah Burung Balam

Dewan Pelajar, September 2011

Hari ini, hari Ahad. Muhaimin akan bersolat Zuhur di masjid. Mula-mula dia hendak bersolat di rumah. Datuknya berkata, “Hari ini ada kelas tulisan Jawi. Elok kita bersolat di masjid. Boleh juga Aimin berkenalan dengan budak-budak kampung.”

“Siapakah mereka dan di manakah mereka belajar, atuk?”

Amin, Aamin, Amiin dan Aamiin

Soalan: Rakan saya menyatakan “amin” bermakna aman, “aamin” bererti meminta perlindungan, “amiin” bermaksud jujur dan “aamiin” ya Allah, kabulkan doa kami. Dia mencadangkan agar kita menggunakan ejaan “aamiin” untuk maksud mengaminkan doa. Apakah pandangan DBP?

Jawapan Khidmat Nasihat DBP pada 7 Mac 2012: Amin ialah perkataan bahasa Arab dan dieja sedemikian. Bahasa Melayu tidak memberikan penambahan vokal bagi perkataan yang disebut panjang, sebaliknya satu vokal melambangkan satu jenis sebutan.

1. Ejaan yang baku ialah “amin”. 2. Kita hendaklah menggunakan sebutan yang betul, sesuai dengan konteks walaupun hal ini tidak dinyatakan dalam Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi (DKBM) dan Kamus Dewan Edisi Keempat (KD4). Isu ejaan Rumi bagi kata pinjaman daripada bahasa Arab banyak, rumit, berkaitan dengan ibadah dan wajar dijadikan perbincangan khusus. 3. Dalam DKBM terdapat juga ejaan “amen”. KD4: amen (amén); mengamen Jk berjalan dr rumah ke rumah sambil bernyanyi dan bermain muzik.

28 Jun 2012

Ulasan Buku Ilmu Mengarang Melayu (3): Rangka dan Karangan Contoh


Bahagian I buku ini yang bertajuk “Pokok-pokok Besar dalam Latihan Mengarang” terdiri daripada lapan bab. Pada kesempatan ini saya mengulas bab pertama, kedua, ketiga dan keempat.

Peradaban Malaysia Mesti Bertunjangkan Pendidikan, Bahasa dan Kesusasteraan Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 28 Jun 2012. “Peradaban Malaysia moden mestilah bertunjangkan pendidikan dan pembinaan bahasa serta kesusasteraan kebangsaan,” kata YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan dalam Pendidikan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pagi ini.

27 Jun 2012

Tuntunan Bahasa 6: Para dan Para-para

video
Wacana yang di bawah ini ialah transkripsi suara Dr. Haji Awang Sariyan dalam klip video Tuntunan Bahasa Siri 6 yang disiarkan di Facebook Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa pada 25 Jun 2012.

26 Jun 2012

Baru, Kata Bantu; Baharu, Kata Sifat

Catatan ini ialah sari perbincangan di laman Kembara Bahasa dari 30 Mei 2012 hingga 8 Jun 2012.

Nadia Haifaa: Menurut editor saya, sekarang kata “baru” juga dieja “baharu”. 30 Mei 2012.

Sambutan

25 Jun 2012

Za‘ba: Riwayat Hidup dan Jasanya

Za‘ba Pemikir Ulung
(1) Sari Ucap Utama MB dan Pidato Dr. Kamarudin Kachar
(2) Sari Pandangan Prof. Dr. Asmah Haji Omar
(3) Sari Pembentangan Dr. Awang Sariyan
(4) Renungan MIAR
Ulasan Buku Ilmu Mengarang Melayu
(1) Za‘ba Pelopor Retorik Melayu
(2) Mengarang seperti Berjalan

Buku Za‘ba (1895 - 1973): Perjuangannya Belum Selesai memaparkan riwayat hidup dan jasa Tan Sri Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih terkenal dengan nama Za‘ba. Buku nipis 39 halaman ini disusun oleh Norhalim Haji Ibrahim dan Aiani Sudeen, dan diterbitkan oleh Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) pada tahun 2008.

24 Jun 2012

Perbincangan Cendekiawan: Kekeliruan Aspek Tatabahasa Mesti Diselesaikan

Gambar oleh Zaidi Ismail
Usaha guru untuk mengajarkan bahasa Melayu kepada murid menghadapi masalah kerana terdapat banyak aspek tatabahasa yang mengelirukan. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hendaklah mengambil berat hal ini dan mencari jalan penyelesaiannya. Ini adalah antara pandangan Cikgu Abdul Ghalib Yunus dalam kertas kerjanya “Isu-isu Tatabahasa Bahasa Melayu” yang dibentangkan dalam perbincangan cendekiawan di DBP pada 23 Jun 2012.

23 Jun 2012

PD - KL - PD Tanpa Kad Pengenalan dan Lesen Memandu

Pagi tadi saya menghadiri Diskusi Intelektual di DBP, KL. Alhamdulillah, kini saya sudah berada di rumah. Pemanduan dari DBP ke Port Dickson lancar. Minyak kereta mencukupi. Kini saya pasti bahawa beg duit saya yang mengandungi wang, kad pengenalan, lesen memandu dan beberapa dokumen lain berada di dalam poket seluar biru di rumah. Ertinya, saya ke DBP dan pulang tanpa wang dan dokumen yang perlu dibawa.

Ulasan Buku Ilmu Mengarang Melayu (2): Terus Mengarang seperti Berjalan

Za‘ba Pelopor Retorik Melayu

Lima halaman awal IMM berfungsi sebagai permulaan dan diberi tajuk “Pandangan Umum”. Mula-mula Za‘ba membicarakan maksud karang, mengarang dan karangan. Perbincangan disambung dengan tujuan penulisan dan pangkat karangan. Terdapat enam pangkat karangan. Pangkat yang pertama ialah menulis ayat tunggal sehingga menjadi cerita pendek. Pangkat yang kedua ialah menulis cerita yang pernah dibaca atau didengar. Pangkat pertama dan kedua ini tergolong dalam jenis karangan yang senang. Pangkat ketiga ialah mengarang sesuatu berdasarkan pengalaman indera lihat atau dengar. Pangkat yang keempat ialah mengarang sesuatu berdasarkan pemerhatian dan bahan bacaan ilmiah. Pangkat ketiga dan keempat tergolong sebagai karangan pertengahan. Pangkat kelima ialah mengarang sesuatu yang isi dan tujuannya tinggi, termasuk huraian berasaskan peribahasa. Pangkat yang keenam ialah mengarang sesuatu berdasarkan kajian atau pengalaman sebenar. Pangkat kelima dan keenam ini tergolong sebagai karangan tinggi.

21 Jun 2012

Di Teratak Za‘ba

Puan Hajah Mahaya
(pendukung pemikiran Za'ba)
Petang itu berbahang. Embun sudah lama kering. Seorang ibu berbaju kurung sedondon biru melafazkan gubahan kata syahdu. Orang ini menelinga, menikmati untaian bunyi suara lunaknya, dan cakna merenung makna. Sayang, orang ini pekak labang, terkebelakang. Orang ini berasa beberapa mutiara kata meluru, terlepas daripada jangkauan kalbu.

Kerabat orang ini peneroka tua. Demi kami, moleklah di antara sukatan bunyi dilebihkan jeda; atau dengan ungkapan pendeta yang kita kenangi, “hendaklah dilanjut-lanjutkan suara menyebutnya”. Inilah sepercik api, pengganti ucapan tahniah kami.

Kampung Bukit Kerdas,
Batu Kikir, Jempol,
Negeri Sembilan.
20 Jun 2012.

20 Jun 2012

Transformasi Pendidikan: Kekalkan Bahasa Penghantar Utama

Muzakarah Pendidikan Kebangsaan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 18 Jun 2012 “berharap kerajaan tidak akan berkompromi dengan sebarang perubahan dasar terutama dalam isu bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan.” Inilah pati laporan akhbar yang disiarkan kembali oleh blog Kembara Bahasa pada 19 Jun 2012.

19 Jun 2012

Ulasan Buku Ilmu Mengarang Melayu (1): Za‘ba Pelopor Retorik Melayu

Za‘ba Pemikir Ulung: (1) Sari Ucap Utama MB dan Pidato Dr. Kamarudin Kachar(2) Sari Pandangan Prof. Dr. Asmah Haji Omar | (3) Sari Pembentangan Dr. Awang Sariyan | (4) Renungan MIAR

Kita sedia maklum bahawa karya teragung Za‘ba ialah buku Pelita Bahasa Melayu (PBM) (Penggal I, II dan III). Buku Ilmu Mengarang Melayu (IMM) ialah karya kedua terpenting selepas PBM. Profesor Emeritus Linguistik Melayu Universiti Malaya, Dato’ Dr. Asmah Haji Omar yang mengkaji IMM mengatakan, “Dalam PBM Za‘ba bertindak seolah-olah sebagai tukang yang membuat atau memasang basikal; dalam IMM beliau bertindak seolah-olah sebagai pengayuh basikal.” Pandangan beliau ini adalah sebahagian daripada kesimpulan esei pengenalan yang terdapat dalam buku itu.

17 Jun 2012

Peribahasa "Mahal Tidak Dapat Dibeli, Murah Tidak Dapat Diminta”


Peribahasa “mahal tidak dapat dibeli, murah tidak dapat diminta” bermaksud sesuatu yang amat susah diperoleh. Contohnya, peluang untuk berada dalam apa-apa jawatankuasa peringkat negeri sukar diperoleh. Apabila ada peluang yang sesuai dengan keupayaan kita, tidaklah wajar kita menolak peluang itu. Peluang itu, apabila diberikan, mesti disambut. Selepas itu, kita berusahalah untuk melakukan sesuatu yang terbaik sesuai dengan kemampuan kita.

Walau bagaimanapun, ada kemungkinan maksud peribahasa ini dilihat dari sisi lain, iaitu sisi yang dapat diungkapkan sebagai jual mahal. Oleh hal yang demikian, kita perlu berhati-hati apabila menggunakan peribahasa dalam perbualan atau penulisan agar salah tanggap dapat dielakkan. Saya menyatakan hal ini kepada diri saya sendiri.

16 Jun 2012

Kolokium Za‘ba: Renungan Peserta

Kolokium Za‘ba Pemikir Ulung (1): Sari Ucap Utama Menteri Besar dan Pidato Dr. Kamarudin Kachar
Kolokium Za‘ba Pemikir Ulung (2): Sari Pandangan Profesor Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar
Kolokium Za‘ba Pemikir Ulung (3): Sari Pembentangan Dr. Haji Awang Sariyan
Selepas menghadiri Kolokium “Za‘ba Pemikir Ulung” pada 5 Jun 2012 lalu saya terdorong untuk mendalami riwayat hidup dan pemikiran Za‘ba. Langkah pertama yang saya lakukan ialah meneliti teks ucap utama dan tiga kertas kerja kolokium. Hasil penelitian itu sudah saya jadikan tiga masukan blog ini. Insya-Allah, akan saya usahakan pula edisi baharu ulasan buku Ilmu Mengarang Melayu yang saya tulis pada bulan Februari 2011. Buku Za‘ba (1985 - 1973) Perjuangannya Belum Selesai sudah saya teliti. Ulasan buku itu, insya-Allah, akan muncul di blog ini tidak lama lagi.

Kolokium Za‘ba Pemikir Ulung (3): Sari Pandangan Dr. Haji Awang Sariyan

Kolokium Za‘ba Pemikir Ulung (1):  Sari Ucap Utama Menteri Besar dan Pidato Dr. Kamarudin Kachar
Kolokium Za‘ba Pemikir Ulung (2)Sari Pandangan Profesor Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar

Pembicaraan Dr. Awang Haji Sariyan bertumpu pada usaha Za‘ba dalam bidang bahasa. Beliau menyatakan bahawa “Za‘balah yang meletakkan asas sistem bahasa Melayu baharu baik dalam bidang ejaan, tatabahasa Melayu mahupun retorik. Za‘balah yang menandai babak awal perkembangan ilmu bahasa atau linguistik Melayu baharu sejak tahun 1920-an, kira-kira satu dekad lebih awal daripada tokoh linguistik Amerika, iaitu Leornard Bloomfield yang baru muncul pada awal tahun 1930-an dengan linguistik strukturalnya.”

14 Jun 2012

Kolokium Za‘ba Pemikir Ulung (2): Sari Pandangan Profesor Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar

Za‘ba
Kolokium Za‘ba Pemikir Ulung (1): Sari Ucap Utama Menteri Besar dan Pidato Dr. Kamarudin Kachar

Bahagian awal pembentangan Profesor Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar yang bertajuk “Pemikiran Za‘ba: Agama, Pendidikan dan Politik” bertumpu pada buku Pendeta Za‘ba dalam Kenangan yang diusahakan oleh Abdullah Hussain dan Khalid M. Hussain terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1974 dan Memoir Za‘ba hasil usaha Adnan Haji Nawang terbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 2005. Kedua-dua buah buku ini berasaskan penceritaan Za‘ba sendiri semasa hayatnya.

13 Jun 2012

Kisah di Pusat Dokumentasi Melayu: Mereka Memilih Laluan Sempit di Hadapan Saya


Pagi tadi saya ke Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Setelah memulangkan buku yang saya pinjam, saya naik ke tingkat atas untuk membaca majalah.

Di kiri dan kanan tangga ada laluan untuk ke ruang utama tingkat atas itu. Jikalau kita menghadap ke ruang utama, sudut majalah terkini itu terletak di sebelah laluan kanan. Sofa untuk pembaca menghadap laluan kanan itu. Laluan di hadapan sofa itu sempit. Saya duduk di atas sofa itu dan menyelak-nyelak beberapa buah majalah pilihan saya, termasuk majalah terbitan DBP Brunei.

12 Jun 2012

Kolokium Za‘ba Pemikir Ulung (1): Sari Ucap Utama Menteri Besar dan Pidato Dr. Kamarudin Kachar

Pada 5 Jun 2012 berlangsung Kolokium “Za‘ba Pemikir Ulung” di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan, Seremban. Kolokium anjuran bersama Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan, dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan itu dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Teks ucap utama YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan bertajuk “Za‘ba Pemikir Ulung: Semangat dalam Pembinaan Negara Bangsa”. Teks ucapan setebal sebelas halaman dan diedarkan kepada hadirin itu menggalurkan riwayat hidup Za‘ba, karyanya, kegiatannya dan buah fikirannya. YAB Menteri Besar Negeri Sembilan berucap tanpa membaca teks itu.

11 Jun 2012

Kebanyakan Pelajar Tingkatan Empat Keturunan Cina Tidak Mencintai Bahasa Kebangsaan


Kebanyakan pelajar tingkatan empat keturunan Cina di negara kita bersikap negatif terhadap bahasa Melayu. Mereka dapat dianggap sebagai tidak mencintai bahasa kebangsaan. Ini adalah antara dapatan kajian Dr. Junaini binti Kasdan dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang bertajuk “Pengaruh Sosiokognitif Remaja terhadap Penguasaan Bahasa Melayu”.

Dr. Junaini membentangkan laporan kajian itu dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-35 Persatuan Linguistik Malaysia, di Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia, pada 1 Jun 2012. Kajian itu melibatkan 1,523 orang pelajar tingkatan empat di lima buah negeri, iaitu Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

10 Jun 2012

Perkataan Berimbuhan Men-…-i dalam Konteks Dua Objek

Bahan rangsangan "kelas dewasa" kumpulan Kembara Bahasa, 9 Jun 2012:

1. Ibu *membekalkan adik nasi lemak.
2. Ibu membekali adik nasi lemak.
3. Ibu membekalkan nasi lemak untuk adik.
4. Ibu *membekali adik dengan nasi lemak.

Rumusan Tuan Pengetua, Cikgu Nizam Abdul Jalil adalah seperti yang berikut:

09 Jun 2012

Pesta Buku Negeri Sembilan 2012, Syabas PEN!

Sejenak Panjang di Ruang Pameran DBP Brunei di PBAKL
Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) di PBAKL

Terbitan LMNS 2011

Pesta Buku Negeri Sembilan (PBNS) 2012 berlangsung di sebuah pusat beli belah di Seremban 2, dari 5 hingga 10 Jun 2012. Saya ke “pesta” itu pada 8 Jun. Saya ke sana dengan tiga tujuan. Tujuan pertama tentulah untuk menyaksikan pameran buku dan membeli buku pilihan saya, khususnya buku yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Tujuan kedua adalah untuk bertemu dengan Puan Hajah Mahaya Mohd. Yassin, Ketua Satu Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) atas satu urusan. Tujuan yang ketiga adalah untuk menyaksikan persembahan seni sastera oleh PEN.

08 Jun 2012

Sebutan Baku: Mengharapkan Pertabalan Kali Kedua


Pautan Pilihan

 
Pelaksanaan sebutan baku di sekolah bermula pada penggal kedua tahun 1988. Pelaksanaan itu berdasarkan Pekeliling Ikhtisas Bilangan II/1988. Saya termasuk golongan yang kurang beruntung kerana saya tidak berpeluang untuk mengikuti apa-apa taklimat atau bengkel tentang sebutan baku. Namun, sebagai pendidik guru, saya mengemas kini pengetahuan dan kemahiran dengan memanfaatkan buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), tahun 1988.

Mulai tahun 1989, saya berusaha menggunakan sebutan baku dalam semua acara rasmi. Selain itu, saya berusaha menyebarluaskan penggunaan sebutan itu. Beberapa tahun kemudian barulah saya menemukan modul Panduan Sebutan Baku Bahasa Melayu terbitan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama DBP sedangkan modul yang mengandungi enam kaset dan sebuah buku itu terbit pada tahun 1989. Berpandukan modul itu, keyakinan saya menggunakan sebutan baku meningkat.

Petikan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, Disemak 1978, Pindaan dan Perluasan 1995


(Perkataan dan frasa yang berhuruf condong sudah disunting.)

Tujuan-tujuan

5 (1) Tujuan-tujuan Lembaga adalah --

(i) untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi;

(ii) untuk memperkembang bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan;

07 Jun 2012

Mengantarabangsakan Bahasa Melayu melalui PRPM

Bual Bahasa, Dewan Bahasa, Mei 2012 (teks asal)

1. Apakah pandangan tuan tentang kedudukan bahasa Melayu kini?

06 Jun 2012

Perumpamaan Mementingkan Maksud

Dewan Bahasa, Mei 2012
Menurut Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1998), perumpamaan ialah sejenis peribahasa yang menyebutkan sesuatu maksud dengan mengiaskannya kepada perkara lain. Penjelasan ensiklopedia itu hampir sama dengan penerangan Za‘ba dalam buku Ilmu Mengarang Melayu (1934). Menurut Za‘ba, “perumpamaan ialah peribahasa yang menyebutkan sesuatu maksud dengan diumpamakan dikiaskan kepada sesuatu perkara lain dan oleh sebab itu jadi ertinya dua lapis.”

04 Jun 2012

Wajah Hati Redha, Novel Perjuangan Karya Sulung Peguam Muda

Novel Wajah Hati Redha terbitan Neverland Book tahun 2012, ialah novel sulung peguam muda, Zairudin Ashrafi. Novel setebal 164 halaman ini memaparkan secebis kisah perjuangan orang Melayu pada zaman pemerintahan Jepun. Keseluruhan peristiwa dalam novel ini berlaku di Kampung Kundang. Kebanyakan peristiwa itu berlaku pada tahun 1943. Ada sedikit peristiwa berlaku pada tahun 1940 dan sebelumnya.

Perjuangan orang Melayu menentang penindasan tentera Jepun dalam novel ini didukung oleh Ahmad Redha dan rakan-rakannya. Penulis memulakan kisah dengan gambaran tentang Ahmad Redha, iaitu seorang pemuda tampan, berkumis rapi, berjanggut kemas dan meminati puisi. Dalam bab-bab berikutnya kita mengetahui bahawa Ahmad Redha yang tampan dan berjanggut sejemput itu berusia 23 tahun tetapi sudah ada sedikit uban. Dia pernah menjadi guru pada zaman British dan sudah berumah tangga dengan rakan sekampungnya, iaitu Nurliah.

02 Jun 2012

Pelaksanaan Penggunaan Bahasa Melayu Stesen Radio Mesti Diaudit


Saya baru mengetahui bahawa mulai tahun 2013 semua stesen radio di negara kita mesti menggunakan 80 peratus bahasa Melayu untuk memperoleh lesen. Perkara ini saya ketahui apabila Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa menyiarkan ulasan berita yang berkenaan di blognya hari ini. Ulasan berita itu tersiar di sebuah akhbar pada 22 Februari 2012.

Berdasarkan ulasan berita itu, pada masa ini stesen radio mesti menggunakan bahasa Melayu sebanyak 60 peratus bagi mendapatkan lesen. Ertinya, mulai tahun hadapan syarat penggunaan bahasa Melayu itu dinaikkan sebanyak 20 peratus. Syarat ini dikenakan kepada semua stesen radio di negara kita, termasuk stesen radio swasta.

01 Jun 2012

Pemegang Jawatan Utama Persatuan Linguistik Malaysia Kekal


Profesor Dr. Nor Hashimah Jalaluddin
Bangi, 1 Jun 2012. Tiga orang pemegang jawatan utama Ahli Majlis Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) sesi 2010-2011 mengekalkan jawatan masing-masing bagi sesi 2012-2013. Profesor Dr. Nor Hashimah Jalaluddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kekal sebagai Presiden, Encik Kamal Shukri Abdullah Sani dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kekal sebagai Timbalan Presiden dan Puan Hajah Zaiton Ismail dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kekal sebagai Setiausaha Kehormat.

Keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Agung Tahunan PLM Kali Ke-35 di Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, UKM pagi tadi. Antara ahli bahasa yang terpilih sebagai Ahli Majlis PLM bagi sesi 2012-2013 termasuklah Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah dari Universiti Putera Malaysia, Encik Rusmadi Baharuddin dari DBP dan Dr. Mardian Shah Omar dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).