17 Mac 2009

Dan Ada dalam Serta

Sari “Soal Jawab Bahasa”, majalah Pelita Bahasa, Februari 2009.

1
Makna dan terkandung dalam makna serta. Maknanya, makna serta lebih luas.

2
Perkataan pernyataan memang wujud. Maksudnya ialah sesuatu yang dinyatakan, diisytiharkan atau diumumkan. Pembentukan perkataan ini menyimpang daripada proses pembentukan kata bahasa Melayu tetapi tetap diterima kerana mempunyai makna yang tersendiri.

Perkataan penyataan pula bermaksud perbuatan atau hal menyatakan (memberitahu, memaklumkan). Gambaran ringkas proses pembentukan perkataan ini adalah seperti yang berikut:

nyata → menyatakan → penyataan

Tiada ulasan: