tag:blogger.com,1999:blog-1031574390955315331.post2652977063666782354..comments2024-03-05T19:54:49.645+08:00Comments on SAMBUNG-MENYAMBUNG ﺴﺎﻤﺒﻭڠ۔ﻤﭙﺎﻤﺒﻭڠ Hanya Sulap: Pesta Buku Negeri Sembilan 2012, Syabas PEN!Mohd Isa Abd Razakhttp://www.blogger.com/profile/14730562946472761280noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-1031574390955315331.post-62614673998930861222012-06-11T00:52:35.152+08:002012-06-11T00:52:35.152+08:00Sama-sama. Alhamdulillah, saya semakin selesa bera...Sama-sama. Alhamdulillah, saya semakin selesa berada di negeri sendiri. Insya-Allah, saya akan berusaha untuk mengikuti kegiatan PEN. Terima kasih kembali. Wassalam.Mohd Isa Abd Razakhttps://www.blogger.com/profile/14730562946472761280noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1031574390955315331.post-52196380689228328492012-06-10T08:44:04.799+08:002012-06-10T08:44:04.799+08:00Alhamdulillah, Tuan Haji, terima kasih. Pada fikir...Alhamdulillah, Tuan Haji, terima kasih. Pada fikiran saya, usaha tuan ini amat membantu pembaca terutamanya rakyat Negeri Sembilan agar berfikiran rasional, kritis dan berpandangan jauh, insya-Allah.
Terima kasih atas sanjungan. Sebenarnya, PEN pada tahun lalu, (di tapak yang sama) mendapat pendedahan yang lumayan. Tujuh penulis diberi peluang untuk berjumpa dengan khalayak.
Pada tahun ini, waktu yang diperuntukkan hanya, pada malam Jumaat itulah.
Walau bagaimanapun. saya menyahut cabaran dan berasa PEN serba boleh. Tambahan pula, sahabat sepersatuan yang penuh iltizam, amat membantu. Maka, dengan izin Allah, itulah persembahan yang termampu kami laksanakan.
Tentang kesesuaian tempat, saya pernah suarakan hal ini kepada pihak berkenaan. Saya juga menulis hal yang sama di Dewan Sastera pada tahun lalu. Saya sendiri melihat para pengunjung, khasnya pelajar menjengah gerai buku dalam 20 minit dan kemudian terus bergegas ke premis yang 'lebih menggiurkan ' di kawasan sekitar.
Tuan,PEN amat mengidamkan Pesta Buku kita sehebat pesta di negeri lain, menjadi program perdana dalam arus pembinaan tamadun bangsa, yang dinanti-nantikan oleh rakyat. Alahai...
Terima kasih tuan, kerana turun padang membantu dan menggempur semangat AJK untuk lebih gigih dan berdaya saing memperjuangkan visi PEN 'Mendidik dan Memugar Bahasa, Sastera dan Budaya Bangsa'
Mudah-mudahan usaha kita yang sekelumit ini mendapat petunjuk dan rahmat-Nya sepanjang masa. Amin. Wassalam.Mahaya Mohd. Yassinhttps://www.blogger.com/profile/04415420476442895875noreply@blogger.com