tag:blogger.com,1999:blog-1031574390955315331.post4574729207455240645..comments2024-03-05T19:54:49.645+08:00Comments on SAMBUNG-MENYAMBUNG ﺴﺎﻤﺒﻭڠ۔ﻤﭙﺎﻤﺒﻭڠ Hanya Sulap: Celik Huruf: Semua Pihak Perlu Lebih Bersungguh-sungguh MenanganinyaMohd Isa Abd Razakhttp://www.blogger.com/profile/14730562946472761280noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-1031574390955315331.post-45319871384534892342009-11-07T08:02:24.627+08:002009-11-07T08:02:24.627+08:00Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, Cikgu...Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, Cikgu Siu Eng @Amoi.

Terima kasih saya ucapkan kepada cikgu kerana cikgu sudi memberikan respons terhadap catatan saya. Setakat ini, ulasan cikgu ini merupakan ulasan terpanjang dan terbaik.

Dalam catatan ini, antara lain, cikgu mengemukakan tiga faktor yang mengekang program celik huruf. Faktor pertama ialah kurangnya komitmen guru, faktor kedua ialah kealpaan pihak pengurusan, dan faktor ketiga ialah latihan di institut pendidikan guru Malaysia (IPGM).

Pada tahun 1999 dan 2000, cikgu memperlihatkan usaha yang cemerlang apabila cikgu berjaya mencelikhurufkan 40 orang (88 peratus) murid cikgu. Walaupun lima orang murid “sekadar mampu mengeja dahulu kemudian menyebut perkataan”, hal ini tetap merupakan satu kejayaan.

Pada tahun 1997, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) (kini Bahagian Perkembangan Kurikulum, BPK) menyatakan, murid yang celik huruf ialah murid yang boleh membaca, menulis dan memahami satu ayat mudah selepas tiga bulan berada dalam tahun satu. Ada kemungkinan murid cikgu yang lima orang itu juga celik huruf.

Seperkara lagi, kejayaan cikgu itu sangat bermakna jikalau sekolah itu terletak di pedalaman seperti SK Pantai Boring, SK Sililiran dan SK Terian di Sabah.

Saya mohon agar cikgu membenarkan saya menyunting ulasan cikgu ini dan menjadikannya masukan blog saya. Apabila ulasan cikgu ini sudah menjadi masukan blog, insya-Allah, saya akan cuba merinci ulasan saya ini sebagai satu masukan juga.

Sekadar makluman, atau ulangan sekiranya cikgu sudah maklum, masukan blog mudah diakses oleh “pengikut” dan rakan yang mempunyai pautan yang berkenaan di blog masing-masing. Masukan blog juga dapat menjadi pautan yang berkesan sebagai sumber rujukan berbanding dengan catatan dalam ruangan ulasan.

Jikalau cikgu segan untuk memberikan respons di sini, gunakan e-mel saya mohdisa_abdrazak@yahoo.com. Melalui e-mel, cikgu mungkin berasa selesa untuk menyatakan nama sekolah dan beberapa butiran lain kepada saya.

Wassalam.Mohd Isa Abd Razakhttps://www.blogger.com/profile/14730562946472761280noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1031574390955315331.post-90494089727111126242009-11-06T14:17:03.705+08:002009-11-06T14:17:03.705+08:00Assalamualaikum,
Secara peribadi saya berasa amat ...Assalamualaikum,
Secara peribadi saya berasa amat kesal dengan bilangan murid yang tidak tahu membaca.Itu masa tahun 1 belum lagi yang di tahun 2, Th 3 , sehingga ke tahun 6.

Mungkin agak keterlaluan kalau saya mengatakan punca keciciran murid ini adalah disebabkan guru yang kurang komitmen,banyak alasan dan manja. Bukan semua tetapi siapa yang makan lada dialah terasa pedas.

Antara alasan yang diberikan saya baru tiada pengalaman, Saya tidak pandai mengajar murid tahun 1, Saya tidak mengikuti krusus ini, saya buka guru pemulihan.......yang paling parah lagi masa di IPG dulu saya tidak pernah belajar bab ini. WAJARKAH?

Kealpaan pihak pengurusan kurikulum sekolah juga adalah salah satu punca penyebab keciciran murid di tahun 1 kemudianya dibawa ke tahun 2 seterusnya ke tahun 6.

Maksud saya kealpaan pengurusan kurikulum itu adalah ketidak pekaan pentadbir terhadap perkembangan pendidikan masa kini. Contoh yang jelas di sekolah saya murid pemulihan terdiri daripada murid tahun 1 hingga tahun 6. Kelas pemulihan hanya ada sebuah , jadinya kepadatan berlaku. Bagaimana P&P yang berkesan dapat dijalankan?

Sedangkan program celik baca & menulis oleh KPM ada kategorinya ialtu:
KIA2M untuk murid tahun 1 , Pemulihan untuk murid Th 2 &Th 3, PROTIM untuk th 4 hingga 6

satu hal lagi bagi pendapat saya murid tahun 1 sepatutnya kena akrab dengan guru kelas. Tetapi pada masa kini kebanyakan guru kelas hanya mengajar 1 subjek sahaja dalam kelasnya dan beredar ke kelas lain. masa bersama muridnya kurang. Jadi bagaimana nak kenal rapat dengan murid? Bagaimana hendak menangani masalah murid?

saya berpeluang mengajar tahun 1 selama 2 tahun (1999 & 2000) ketika itu saya mengajar kebanyakan mata pelajaran di dalam kelas tersebut. Saya mengajar BM, Matematik, PSV, muzik dan PJK. Hasilnya agak lumayan 45 orang murid pada akhir tahun 1, 40 orang lancar membaca dan menulis dan 5 orang sekadar mampu mengeja dahulu kemudian menyebut perkataan. Bukan kah itu satu bukti keperihatinan guru boleh mencelikkan muridnya?

Kalau pentadbir yang mengalami kecelaruan bagaimana kakitangan yang lain?

Pucuk atau pangkal semuanya terletak pada pentadbir dan jati diri dalam individu guru itu .... saya bukalah guru yang terbaik tetapi saya sentiasa berusaha untuk membaiki keadaan teutamanya dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Mungkin di negeri ini kita terlepas kerana menzalimi kanak-kanak dan menidakkan hak mereka tetapi ingatlah di negeri yang satu lagi kita bakal berdepan dengan semuanya...Perkongsian mindahttps://www.blogger.com/profile/09139675374222812640noreply@blogger.com