....
Faktor atau ciri yang membentuk kesedaran bangsa ini dan yang memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan pembentukan tamadun bangsa itu antara lainnya ialah bahasa, budaya, asal-usul sejarah yang sama, mungkin juga agama yang diwarisi bersama-sama oleh anggota bangsa itu sejak turun-temurun, dan yang digunakan oleh bangsa itu, secara sedar atau tidak, untuk membezakan dirinya atau identitinya daripada bangsa lain.
Daripada faktor atau ciri yang tersebut itu, bahasalah yang merupakan faktor yang sangat penting dan berpengaruh dalam melahirkan kesedaran bangsa atau nasionalisme itu.
Mengapakah bahasa? Sebabnya ialah, bahasa merupakan alat pembentukan tamadun bangsa yang sangat integratif; melalui bahasalah sesuatu bangsa itu memperkenalkan dirinya melalui cara mereka menanggapi alamnya, baik alam sosial mahupun alam kosmos, dan membentuk pandangan hidup atau sistem nilai bangsanya melalui proses pemikiran, rasa hati, imaginasi dan renungan dirinya yang digambarkan dalam pelbagai karya lisan dan tulisan yang dihasilkan oleh bangsa itu dan yang membentuk “himpunan memori, atau ingatan bersama” atau “collective memory” bangsanya sepanjang zaman. Itulah proses yang berlaku dalam pembentukan tamadun sesuatu bangsa.
Kita tahu dalam sejarah ketamadunan manusia bahawa tidak ada bangsa di dunia yang membentuk budaya dan tamadunnya, seninya, kesusasteraannya, falsafah hidupnya, mitosnya dan pandangan kosmologi dan ilmu dunianya melalui bahasa orang lain.
Untuk membaca artikel penuh Dr. Hassan, klik di sini.
Pedoman Bahasa (JPEG) 019. Minda Tokoh/Pejuang/Ahli/Pencinta Bahasa Melayu.
Pedoman Bahasa: | Semua | MIAR | DBP | DB | PB | DS | KNB | JPEG || Kesantunan | Salam || Jawi || Pautan: | Scribd | Cikgu | Jawi | IPGMKgu | KBBI | Munsyi || Profil Penulis | Hak Cipta || Puisi: Sambung-menyambung | Hanya Sulap | Kebun Kecil Bahasa || Kembali ke Laman Terkini || Pautan Istimewa: | Soal Jawab Bahasa | Pendidik | Persatuan Pendidik BM |
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan