Hak Cipta

Tulisan dalam blog ini boleh disiarkan semula tanpa tujuan komersial. Catatkan nama penulis dan sumbernya http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/. Jikalau sesuatu masukan (artikel, video, imej dll.) jelas ada nama penulis/sumber, nama penulis/sumber itu hendaklah dicatatkan. ©Mohd Isa bin Abd Razak @Blog Sambung-menyambung 2009 - 2012.


Penjelasan
Sebahagian besar masukan dalam blog ini ialah karya saya sendiri. Umumnya, tulisan yang tiada nama penulis ialah karya saya juga.


Dalam blog ini ada juga karya rakan dan bekas pelajar saya. Semua karya itu sudah disunting. Hak cipta karya yang sudah bersunting dan diterbitkan itu saya serahkan kepada penulisnya. Bagaimanapun, hak untuk menerbitkan semula karya itu dipegang oleh Blog Sambung-menyambung. Sebagai pemilik blog, saya membenarkan sesiapa menerbitkan tulisan itu semula dan menyebarluaskannya.


Ada juga masukan blog ini ialah karya penulis atau sumber yang dinyatakan. Sila maklum, saya sudah memperoleh kebenaran untuk menyunting dan menyiarkan karya itu daripada individu atau sumber yang berkenaan. Penerbitan dan penyebarluasan karya dalam kategori ini hendaklah dengan kebenaran individu atau sumber asal.


Bagi masukan yang berupa petikan, karya itu dipetik daripada sumber tertentu dan sumber itu saya catatkan. Jikalau ada pautan, pautan itu juga saya paparkan secara jelas atau terdapat pada perkataan atau ungkapan. Petikan yang diterbitkan pula kebanyakannya hanya sebahagian kecil daripada sumber asal. Penerbitan semula petikan yang berkenaan hendaklah mengandungi sumber asal dan alamat blog ini.


Sebahagian kecil karya seperti siaran akhbar sudah menjadi milik awam. Karya seperti ini bebas disiarkan semula.