28 Februari 2009

Kenyataan Media GMP 27 Februari 2009

Kenyataan Media, 27 Februari 2009
Bersama Menjayakan Perhimpunan Aman 100 Ribu Mansuhkan PPSMI

Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) akan mengadakan Perhimpunan Aman 100 Ribu di Istana Negara pada 7 Mac 2009 jam 2.00 petang.

GMP menetapkan tiga tempat berhimpun sebelum berarak ke Istana Negara seperti yang berikut:

(a) Pusat Perniagaan SOGO
(b) Centrel Market
(c) Masjid Negara

Bagi memudahkan perjalanan perhimpunan ini, semua peserta digalakkan menggunakan kenderaan awam. Peserta dikehendaki berada dilokasi yang telah ditetapkan pada jam 2 petang. Kawalan keselamatan akan dilakukan oleh pihak polis dan Unit Amal seluruh negara.

Permit perhimpunan sudah dipohon kepada Y. Bhg. Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara.

Peserta dilarang sama sekali membawa barang-barang yang berbahaya seperti senjata, peralatan tajam dan lain-lain lagi. Sebarang simbol parti juga tidak dibenarkan.

Pimpinan yang akan turut sama dalam perhimpunan ini ialah Dato’ A. Samad Said, Dato’ Dr. Hassan Ahmad, Dr. Shaharil Mohamad Zain, Prof. Emeritus Abdullah Hasaan, Prof. Emeritus Dato’ Nik Safiah Karim, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang dan ramai lagi.

Warna tema GMP adalah putih. Peserta digalakkan menggunakan baju putih yang melambangkan pembersihan terhadap PPSMI.

GMP telah mendapat sokongan terbaharu daripada Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa & Guru Nasional (PIBGN) yang mempunyai 8000 persatuan PIBG di seluruh negara. Pihak Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) yang mempunyai 25 buah persatuan gabungan juga telah turut sama menyokong GMP.

Sehubungan itu pihak GMP telah selesai mengadakan siri jelajah seluruh negara dan mendapat sambutan yang begitu mengalakkan. GMP penuh berkeyakinan bahawa 100 ribu rakyat Malaysia akan berkumpul di hadapan Istana Negara seperti yang telah dirancang.

Hasni Abas
Setiausaha
Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP)

2 ulasan:

Cikgu Wahab (simantanguru) berkata...

Salam,
Hairan saya. Mengapa tidak dimansuhkan sahaja. Sampai perlu kepada gerakan pemansuhan besar-besaran. Amat malukah kerajaan jika memansuhkannya?

Mansuh sahaja. Selepas itu semua yang terlibat dalam gerakan pemansuhan ini perlu bersama-sama dengan kerajaan merancang bagaimana Bahasa Inggeris dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar.

Dengan demikian, semua pihak tidak akan merasakan Bahasa Melayu terancam kedudukannya.

Jangan nanti yang dikejar, dapat... yang dapat, berciciran pula...

Mohd Isa bin Abd Razak berkata...

Salam kembali.

Hati kecil saya berkata, Insya-Allah, PPSMI akan dimansuhkan.

Wallahuaklam. Wassalam.