24 Februari 2009

Kuncup, Nazak dan Dikuburkan - Sasterawan Negara

Sasterawan Negara A. Samad Said menggunakan istilah "penguncup".

Apakah maksud "penguncup"?

Menurut Dato' Dr. Hassan Ahmad, kuncup itu seperti payung yang dikuncupkan. Maka basahlah kita kalau hujan turun. Lawannya ialah kembang.

Siapakah penguncup bahasa Melayu?

Penguncup bahasa Melayu terunggul ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau melakukan usaha menguncupkan bahasa Melayu apabila beliau mengarahkan penciptaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2002. Kerajaan Malaysia melaksanakan dasar itu pada awal tahun 2003.


Apabila Tun Dr.ahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri, pengganti beliau, YAB Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi meneruskan usahanya. Pendukung dan penggerak utama dasar yang menguncupkan bahasa Melayu itu ialah Menteri Pelajaran merangkap Ketua Pemuda United Malay National Organisation, YB Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein.

Apakah yang akan terjadi jikalau bahasa Melayu terus menguncup?

Menurut Sasterawan Negara A Samad Said, selepas kuncup, proses berikutnya ialah nazak, dan seterusnya ialah dikuburkan. Itulah proses yang sedang dilalui oleh bahasa Melayu sekarang. Dalam tempoh 50 tahun lagi, kalau dibiarkan, bahasa Melayu akan nazak dan terkubur.


Sumber asal di sini. Salinannya di sini.

2 ulasan:

Arkib PPSMI berkata...

Jangan tunggu nazak. Sokong usaha GMP, Gapena dan lain-lain.

Mohd Isa bin Abd Razak berkata...

Benar. Buatlah apa-apa yang mampu.