Ini ialah longgokan sampah. Kita biasa melihat longgokan sampah seperti ini.
Mata kita kurang selesa melihat longgokan sampah seperti ini. Sebabnya, kadangkala kita terlihat ada bangkai hampir reput. Warnanya kuning kehitam-hitaman. Keadaannya lembap dan adakalanya lembik bercecair busuk. Langau, lalat dan ulat mengerumuni bangkai itu. Oh, mata kita berasa sungguh tidak selesa melihatnya!
Hidung kita kembang kuncup apabila kita menghampiri longgokan sampah seperti ini. Bau busuk, hapak, hanyir dan pelbagai bau lagi bercampur baur. Adakalanya hidung kita tidak tahan lagi dengan bau itu. Kita picit hidung kita yang kembang itu agar kedua-dua lubang hidung itu tertutup dan bau itu tidak masuk lagi ke dalam lubang hidung kita. Oh, hidung kita berasa sungguh tidak selesa menghidu bau-bauan yang tidak menyenangkan itu!
Jadi kita tidak mahu longgokan seperti ini. Longgokan seperti ini perlu dinyahkan daripada persekitaran kita.
***
Cikgu: Apakah perkataan yang seerti dengan longgokan? Saya beri kamu masa tiga minit untuk merujuki kamus dan membuat keputusan dalam kumpulan.
***
Kumpulan Bestari: Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, longgokan ialah himpunan, timbunan dan tompokan. Ayat contoh yang diberikan dalam kamus ini ialah: Lalat banyak hinggap di longgokan sampah itu. Cikgu, kumpulan kami berpendapat, kata sendi di dalam ayat contoh ini perlu ditukar menjadi pada.
Cikgu: Pandangan kumpulan kamu tepat dan bernas. Apakah dapatan Kumpulan Bijak?
Kumpulan Bijak: Kami merujuki Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan. Kamus ini menyatakan longgokan ialah lambak, timbunan (sampah), himpunan (barang/padi), susunan, tompokan, tambunan, onggokan, mungguk, lompuh, unggun. Berbanding dengan Kamus Dewan, kamus ini menggunakan lebih banyak perkataan lain untuk menjelaskan maksud perkataan longgokan. Namun, kamus ini tidak menyertakan ayat contoh.
Cikgu: Penjelasan kumpulan kamu tuntas. Syabas! Apakah pula dapatan Kumpulan Cerdik?
Kumpulan Cerdik: Kamus Pelajar memberikan takrif yang ringkas terhadap perkataan longgokan. Menurut kamus ini, longgokan ialah sesuatu yang dihimpunkan berlonggok. Kami ada pertanyaan untuk Kumpulan Bijak. Apakah makna mungguk dan lompuh?
Cikgu: Jawapan Kumpulan Cerdik padat. Pertanyaan kumpulan kamu akan dibincangkan dalam aktiviti seterusnya. Sekarang, kita dengar dapatan Kumpulan Pandai.
Kumpulan Pandai: Kami merujuki Kamus Seerti Bahasa Melayu karangan Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. Mereka mengatakan longgok bersinonim dengan akumulasi, himpun, kumpul, kumulatif, mendap, timbun, tindan, tindih dan tumpuk. Tiada entri longgokan dalam kamus ini. Apabila kami merujuki entri himpun, sinonimnya ialah akumulasi, kumpul, loggokan, timbunan dan tumpukan. Ada dua kesilapan ejaan dalam kamus ini. Perkataan longgokan dan tumpukan sepatutnya dieja dengan satu k sahaja dan bukannya dua k seperti yang terdapat dalam kamus ini.
Cikgu: Kumpulan kamu kritikal. Bagus.
Nizar: Cikgu, esok sekolah kita akan mengadakan himpunan menentang kekejaman Yahudi. Pada saya, perkataan himpunan tidak sesuai digunakan kerana berkonotasi yang memualkan seperti perkataan longgokan. Apakah pandangan, cikgu?
Cikgu: Kamu memang bijak, Nizar. Pandangan saya sama dengan pandangan kamu. Perkara ini akan kita bincangkan dalam aktiviti seterusnya. Sekarang, kita akan adakan aktiviti rehat minda.
….

2 ulasan:
Himpunan Aman 100 Ribu Rakyat Malaysia di Istana Negara pada 7 Mac 2009. "Himpunan" ... silap?
Ya, sudah ada versi "perhimpunan". Insya-Allah, rakan-rakan kita sedar.
Catat Ulasan