10 Februari 2009

Membangun Tamadun Atas Acuan Sendiri

Petikan daripada artikel "Bahasa Melayu Akan Pupus":

1. Pengembangan minda dan ilmu sesuatu masyarakat atau bangsa secara fitrahnya perlu berasaskan bahasa yang telah dikurniakan oleh Tuhan kepada masyarakat atau bangsa itu, sesuai dengan sunnahtullah atau peraturan yang ditentukan Tuhan sebagaimana yang diisyaratkan dalam Surah al-Hujurat, ayat 13, Surah Ibrahim, ayat 4, dan Surah al-Rum, ayat 22.

2. Seorang penganggur atau “tukang sapu” di kota London atau New York tetap seorang penganggur atau “tukang sapu” walaupun kemahirannya bahasa Inggerisnya “mengalahkan” seorang profesor di universiti negara ini (tanpa menafikan bahawa profesor di sini tetap perlu menguasai bahasa Inggeris dengan baik).

Untuk membaca artikel penuh tulisan Tuan Kamal Shukri bin Abdullah Sani (Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia dan Munsyi Dewan) klik di sini.

Pedoman Bahasa (JPEG) 026. Minda Tokoh/Pejuang/Ahli/Pencinta Bahasa Melayu.

Tiada ulasan: