Pedoman Bahasa: | Semua | MIAR | DBP | DB | PB | DS | KNB | JPEG || Kesantunan | Salam || Jawi || Pautan: | Scribd | Cikgu | Jawi | IPGMKgu | KBBI | Munsyi || Profil Penulis | Hak Cipta || Puisi: Sambung-menyambung | Hanya Sulap | Kebun Kecil Bahasa || Kembali ke Laman Terkini || Pautan Istimewa: | Soal Jawab Bahasa | Pendidik | Persatuan Pendidik BM |
13 Februari 2009
Pejuang Bahasa Melayu Bukan Taasub
Oleh
Mohd Isa Abd Razak
Penulis diberitahu ramai pensyarah di IPTA menentang PPSMI, tetapi terpaksa mendiamkan diri kerana terikat dengan Surat Aku Janji yang mensyaratkan mereka mematuhi lapan perkara sebagai kakitangan awam termasuk akur dan menyokong semua dasar kerajaan.
Sesetengah yang sudah menyatakan pendirian mereka secara terbuka termasuk di kalangan pejuang bahasa, sudah pun dipanggil polis Cawangan Khas untuk disoal siasat dan diminta memberi hujah bagi mempertahankan tindakan masing-masing.
Suatu hakikat yang sering dinafikan kelompok yang enggan memahami semangat pejuang bahasa ialah mereka bukan taasub dan tidak pernah menafikan kepentingan bahasa Inggeris, tetapi biarlah penguasaan dimantapkan melalui pengajaran subjek, bukannya menjadikan Sains dan Matematik sebagai mangsa.
Pendekatan ini menguntungkan pelajar tanpa mengira bangsa, sosio-ekonomi mahupun kedudukan geografi mereka serta memungkinkan lebih ramai rakyat Malaysia meningkatkan taraf hidup kerana Sains dan Matematik, subjek asas kemasukan ke universiti dengan kursus bernilai ekonomi.
Baca artikel asal Puan Salbiah Ani di sini atau baca salinannya di sini.
Pedoman Bahasa (JPEG) 030. Minda Tokoh/Pejuang/Ahli/Pencinta Bahasa Melayu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan