Syabas, Puan. Jikalau saya berada di tempat puan, saya pun sukar mengawal amarah. Saya berpesan pada diri saya sendiri: teruskanlah perjuangan sambil berusaha meningkatkan kesabaran.
Langkah YB Datuk Bung Mokhtar panjang sebab Kinabatangan tempatnya. Dia ada kuasa, wang dan pengikut yang memudahkannya bergerak. Saya tabik padanya kerana dia memahami keupayaan penduduk di kawasannya.
Kebetulan, saya juga mengetahui serba sedikit keupayaan murid-murid di kawasannya. Saya pernah berkubang di sana selama lima tahun. Tahulah saya serba sedikit denai di Batu Puteh, Kuamut, Karamuak, Minusuh, Pinangah dan lain-lain. Tahulah juga saya serba sedikit hutan, sungai dan tasik ladam seperti di Sukau. Kenal juga saya kawan-kawan YB yang dalam PRU dahulu menongkah pasang seperti rakan saya Tuan Haji Ahmad Abdul dan rakannya Dr. Hasbullah Haji Taha.
Kebetulan, saya pernah menggubal kurikulum dan bertugas sebagai penggerak program yang berkaitan dengan usaha mencelikhurufkan murid terutama di kawasan pedalaman di negerinya. Jadi, maklumlah juga saya akan keupayaan murid-murid sekolah rendah di kawasannya walaupun saya tidak sempat melakukan kajian.
Sehubungan dengan hal itu, saya menghormati YB Datuk Bung Mokhtar kerana “dia sudah membuat kajian di kawasannya, di mana hasil kajian itu semua orang di Kinabatangan mahu supaya PPSMI diteruskan.” Syabas, YB Datuk!
Jikalau ada kesempatan, tanyalah YB itu akan keupayaan murid-murid di kawasannya untuk mengikuti PPSMI. Dia wajar menjawab pertanyaan ini kerana, setahu saya, terlalu banyak murid yang mengikuti PPSMI itu tidak celik huruf.
Jadi, benarkah murid-murid mahu PPSMI? Mampukah murid-murid itu mengikuti PPSMI? Gurukah yang berkata murid mereka mahu PPSMI? Ibu bapakah yang berkata anak mereka mahu PPSMI? Atau hanya YB sahaja yang berkata begitu? Sebagai pengkaji, kita percaya YB dapat memberikan penjelasan yang memuaskan. Kita ingin tahu juga.
Pedoman Bahasa: | Semua | MIAR | DBP | DB | PB | DS | KNB | JPEG || Kesantunan | Salam || Jawi || Pautan: | Scribd | Cikgu | Jawi | IPGMKgu | KBBI | Munsyi || Profil Penulis | Hak Cipta || Puisi: Sambung-menyambung | Hanya Sulap | Kebun Kecil Bahasa || Kembali ke Laman Terkini || Pautan Istimewa: | Soal Jawab Bahasa | Pendidik | Persatuan Pendidik BM |
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Mantan pendidik guru,
Tidak dapat saya bayangkan apa yang akan berlaku pada lima puluh tahun akan datang jika 'kekecohan' tentang isu PPSMI ini tidak dapat ditangani dengan baik pada ketika ini...
Jika silap ditangani, siapakah yang akan menanggung segala 'dosa' itu?
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Cikgu,
Kita sudah berusaha. Sebagai mantan kita tidak boleh campur tangan lagi. Kita hanya boleh bersuara. Saya berharap rakan-rakan kita yang masih bertugas memberi perhatian terhadap suara kita di sini.
Masukan pertama saya di blog ini ialah "Membaca: Satu Renungan". Antara ayat yang saya tulis termasuklah:
“Pada 12 Mei 2007, Utusan Malaysia melaporkan bahawa Ketua Pengarah Pelajaran pada masa itu, Datuk Dr. Ahmad Sipon berkata, guru berdosa jika murid mereka tidak tahu membaca dan menulis.”
Masukan itu sebenar sebahagian daripada kuliah saya dengan tujuan “memujuk” peserta kursus pemulihan agar bersungguh-sungguh berkursus. Saya juga “memujuk” mereka agar cekal menghadapi pelbagai cabaran untuk mencelikhurufkan anak didik mereka, khususnya di kawasan pedalaman, termasuk di kawasan YB Datuk Bung Mokhtar.
Wallahuaklam. Wassalam.
Catat Ulasan