25 Mac 2009

Memasang Fon Jawi

Seperti juga tulisan Rumi, tulisan Jawi dapat ditulis dengan berbagai-bagai fon. Fon terletak dalam lipatan Font. Dari atas meja (desktop), pengguna dapat masuk ke lipatan Font dengan mengklik My ComputerC:WINDOWSFont.

Proses memasukkan fon sangat mudah. Dapatkan fail fon Jawi dari mana-mana sumber. Salin dan tampalkan fail itu ke dalam lipatan Font. Itu sahaja.

Masukan Jawi: Sekadar Percubaan dalam blog ini pada 24 Mac 2009 menggunakan fon Stnask. Masukan itu ialah serangkap pantun lama. Pantun itu hanya dapat dibaca apabila fon Stnask ada dalam lipatan Font.

Fon itu terdapat di Laman Jawinet atau di tapak yang lain. Jikalau perlu, hantar e-mel kepada mohdisa_abdrazak@yahoo.com untuk saya kirimkan failnya.

6 ulasan:

Marni berkata...

Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu. Insyaallah, saya akan cuba kaedah yang diajarkan.

Marni berkata...

Saya telah mencuba tetapi gagal. Saya telah menghantar email seperti yang diminta. Maaf kerana menyusahkan. =)

aranam berkata...

Salam, Cikgu.

Saya juga telah mencuba tetapi tidak berjaya. Terlebih dahulu, saya juga mohon maaf kerana terpaksa menyusahkan Cikgu.

Mohd Isa bin Abd Razak berkata...

Waalaikumussalam.

Puan Marni sudah berjaya memasang fon itu. Fail fon sudah saya e-melkan kepada Saudara Aranam dan Puan Dayang.

Wassalam.

Jijan berkata...

Jazakumullah khairan kathira ! Moga dapat meningkatkan penguasaan jawi. Ana dapat guna dengan baik sekali. Ana rasa garisan putus-putus panduan menulis tu perlu berlainan warna dengan huruf supaya kelihatan lebih jelas.

Mohd Isa bin Abd Razak berkata...

Alhamdulillah. Terima kasih kerana memberikan respons. Respons seperti ini penting untuk membolehkan ana mencorakkan masukan seterusnya. Pengubahsuaian ana serahkan kepada pengguna. Bahan itu sudah menjadi hak awam. Manfaatkanlah dan sebar luaskan.