Allah Maha Pengampun. Semoga Allah mengampuni dan merahmati puan.
Ada seorang pencinta bahasa Melayu. Dia membantah PPSMI. Dia menyokong usaha GMP. Dia seorang lelaki yang hampir seusia dengan puan. Dia menghidap kencing manis, sakit sendi dan lelah. Setiap lebih kurang satu jam dia perlu buang air kecil. Apabila berjalan setiap 30 hingga 50 meter dia perlu berehat. Bayangkan jikalau dia menggantikan tempat puan di barisan hadapan itu.
Oleh sebab itu, katanya, dia tidak mungkin berada di situ. Jadi, katanya, puan srikandi. Katanya lagi, puan bercakap, menulis dan berbuat. Dia bercakap, bercakap, bercakap dan sesekali menulis. Sedangkan, menurut anak saudaranya, perjuangan ialah pelaksanaan kata-kata. Pesannya, teruskan perjuangan kita puan!
Srikandi diapit oleh suaminya, Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan, dan seorang urus setia Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP). Mereka berada di barisan hadapan sedang mendepani tembok pasukan keselamatan. Ribuan orang ramai di belakang mereka mungkin merempuh mereka bila-bila sahaja. Dalam keadaan penuh tekanan ini dia memegang tangan seorang urus setia GMP agar tidak memutuskan rantaian. Perbuatannya ditegur dan teguran ini diterimanya dengan senang hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan