16 April 2009

Tinjauan Mudah Kaedah Pengajaran Bacaan Permulaan

Tarikh: 15 April 2009
Tempat: Sebuah sekolah rendah di Negeri Sembilan
Kumpulan sasar: Guru pelbagai pengkhususan, 21 – 38 tahun, 75% siswazah, 5 orang (31%) guru sandaran tidak terlatih (GSTT)
Tinjauan dilakukan sebelum input.

1. Semasa di tadika (atau di sekolah rendah), saya mempelajari bacaan permulaan dengan menggunakan
Kaedah Abjad - 10 (63%)
Kaedah Fonik - tiada
Kaedah Gabungan Bunyi-Kata – tiada,
Kaedah lain - tiada
Tidak pasti – 6 (37%)

2. Pada masa ini saya mampu mengajarkan bacaan permulaan dengan menggunakan
Kaedah Abjad – 10 (63%)
Kaedah Fonik – 6 (37%)
Kaedah Gabungan Bunyi-Kata - tiada
Kaedah lain - tiada
Belum mampu – tiada

3. Apakah tahap keyakinan anda terhadap kenyataan: “Murid boleh membaca ayat hanya dengan mengenal/menguasai lima huruf, iaitu tiga huruf vokal dan dua huruf konsonan”?
Yakin – 5 (31%)
Kurang yakin – 11 (69%)
Tidak yakin - tiada

4. Punca utama tidak celik huruf dalam kalangan murid sekolah rendah berkaitan dengan kelemahan
Murid – 7 (44)
Guru – 4 (25%)
Kementerian Pelajaran – 2 (12%)
Kaedah pengajaran – 3 (19%)

Nampaknya Kaedah Abjad masih dalam ingatan guru dan mereka yakin untuk terus menggunakannya. Tinjauan selepas input: tiga kumpulan mencadangkan Kaedah Abjad (yang sudah diubah suai) terus digunakan.

Tiada ulasan: