Data Ungkapan "Oleh Hal Demikian" dan "Dengan Hal Demikian"
Kemas kini pada 11 Ogos 2009
Oleh Hal Demikian
- Oleh hal demikian, individu yang mempunyai masalah sedemikian perlu berusaha untuk membina dan membentuk keyakinan diri agar mereka lebih kuat dan lebih tegar untuk bersaing dengan orang lain. Nor Aziah Ahmad, “Mengenal Pasti Punca dan Ciri Kelemahan Diri”, Pelita Bahasa, Februari 2007, halaman 5.
- Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah jika lebih banyak perempuan yang memaksimumkan fungsi superegonya untuk menyebut sesuatu yang tidak boleh disebutkan dalam keadaan biasa. Hasan Baseri Budiman, “Ekolalia dan Koprolalia dalam Latah”, Dewan Bahasa, September 2008, halaman 8.
- Oleh hal demikian, budaya merangkumi cara manusia berfikir, …. Dewan Bahasa, Mei 2009, hlm. 14.
- Oleh hal demikian, jikalau pengalaman …. Dewan Bahasa, Mei 2009, hlm. 16.
- Oleh hal demikian, timbul salah faham …. Dewan Bahasa, Mei 2009, hlm. 26.
- Oleh hal demikian, beliau telah menyusun …. Dewan Bahasa, Mei 2009, hlm. 37.
- Oleh hal demikian, rakyat di negara-negara berbahasa Melayu …. Dewan Bahasa, Mei 2009, hlm. 58.
- Oleh hal demikian, bayi akan segera berhenti menangis …. Dewan Bahasa, Jun 2009, hlm. 7.
- Oleh hal demikian, setiap anggota masyarakat yang menuturkan dialek yang diwarisi daripada masyarakat yang terdahulu, perlu memelihara dan memulihara dialek agar tidak hilang dan lenyap. Ritah Yahaya, “Bicara Bahasa: Jangan Sampai Hilang”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 5.
- Oleh hal demikian, adalah tidak wajar jika ada pihak yang menganggap bahawa sesuatu dialek itu lebih murni dari aspek linguistik jika dibandingkan dengan dialek yang lain. Rohaidah Haron, “Dialek Identiti Bahasa dan Budaya yang Dilupakan”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 6.
- Oleh hal demikian, atas kesedaran dan tanggungjawab untuk memelihara dan memulihara bahasa sebagai warisan bangsa yang amat berharga, beberapa usaha penggalian dan pendokumentasian dialek Melayu dan bahasa serumpun telah dimulakan. Sharifudin Lubis, “Memasyarakatkan Dialek”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 10 – 11.
- Oleh hal demikian (4). Laurent Metzger, “Peranan Bahasa dalam Masyarakat”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 14 – 18.
- Oleh hal demikian, perjuangan bahasa juga ialah perjuangan agama dan bangsa. Muhammad Nuruddin Bashah, “Perjuangan Bahasa dan Pendidikan Malik Bennabi”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 29.
- Oleh hal demikian, mereka terpaksa menggunakan bahasa Thai sehingga kosa kata Thai itu diterima bulat-bulat. Djusmalinar, “Generasi Penutur Bahasa Melayu di Selatan Thai”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 34.
- Oleh hal demikian, Mat Rempit merupakan istilah yang baharu wujud dalam budaya Melayu atau sosiologi Melayu. S. Nathesan, “Mat Rempit”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 40.
- Oleh hal demikian, maka ibu bapa perlulah mengawal bahasa yang digunakan di hadapan anak-anak, khususnya ketika mereka bertengkar atau ketika sedang berbicara. (2) Azizul Ismail, “Kanak-kanak dan Pemerolehan Bahasa”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 42 – 44.
- Oleh hal demikian, beliau mencabar khalayak untuk berfikir dan menjawab sesuatu soalan, yang jawapan tersebut memihak kepada pendirian individu. Jeniri Amir, “Wibawa Ucapan”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 48.
- Oleh hal demikian, nilai kemanusiaan yang tinggi diberikan keutamaan. Goh Sang Seong, “Mesej Sosiobudaya dalam Terjemahan Nama Perniagaan Cina”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 55.
- (1) Oleh hal demikian, masyarakat umum menyebut dialek sebagai loghat. (2) Oleh hal demikian, keunikan dialek merangkumi budaya dan cara hidup yang diamalkan oleh kelompok yang menuturkannya. Ritah Yahaya dan Nurhamizah Haji Hashim, “Dalam Dialek Terangkum Sejarah Sosial, Budaya dan Sistem Nilai Masyarakat”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 62 – 63.
Dengan Hal (Sebab) Demikian
- Dengan hal demikian, seseorang individu perlu menyeimbangkan keyakinan diri yang bertepatan dengan sasaran yang realistik, kemahiran dan pengalaman yang ada, serta ikhtiar dan persediaan yang mampu dilakukan oleh mereka demi memperoleh kejayaan yang cemerlang. Junaidah Ahmad Ghazali, “Antara Keyakinan dengan Keupayaan Diri”, Pelita Bahasa, Februari 2007, halaman 3.
- Dengan hal demikian, yang diyakini ialah bahawa Nilam mampu melahirkan masyarakat yang mempunyai budaya membaca. Armin Azhari Saleh, “Nilam dan Golongan Pembaca”, Pelita Bahasa, Jun 2008, halaman 3.
- Dengan hal demikian, banyak markah bahasa dapat diselamatkan daripada ditolak. Nawi Ismail, “Ayat Aktif Transitif untuk Pelajar STPM”, Pelita Bahasa, Mei 2009, halaman 26.
- Dengan hal demikian, kekangan yang dihadapi seharusnya sedaya mungkin ditangani. Siti Nur Hidayah Abdullah, “Peranan Pusat Sumber dalam Pengajaran Bahasa”, Pelita Bahasa, Mei 2009, halaman 35.
- Dengan sebab demikian, konsep Satu Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri keenam negara perlu menjadikan bahasa kebangsaan sebagai saru daripada unsurnya. Armin Azhari Saleh, “Bahasa dan Satu Malaysia”, Pelita Bahasa, Jun 2009, halaman 3.
- Dengan hal demikian, pelajar mudah tertarik dan akan memberikan lebih tumpuan terhadap persembahan kandungan atau maklumat bahasa yang ingin disampaikan dan sekali gus proses pengajaran dan pemelajaran berlaku dengan lebih berkesan. Zaitul Azma Zainon Hamzah, “Bahasa Lestari Pelajar Bestari”, Pelita Bahasa, Jun 2009, halaman 11.
6. - (1) Dengan hal demikian, pemelajaran kendiri makin mudah dan pantas. (2) Dengan hal demikian, pada suatu hari nanti, akan muncul lebih banyak CALL bagi pembelajaran bahasa Melayu di Internet sebagai wahana untuk warga global mempelajari bahasa itu. Syahrul Nizam Junaini, “Belajar Bahasa dengan Komputer”, Pelita Bahasa, Jun 2009, halaman 13 – 14.
- Dengan hal demikian, pelajar hendaklah memastikan supaya kata atau istilah itu digunakan dengan tepat dalam ayat. Vijayaletchumy Subramaniam, “Membetulkan Pelbagai Kesalahan”, Pelita Bahasa, Jun 2009, halaman 24.
- Dengan hal demikian, bahasa yang “sihat” akan menjadi bahasa tinggi. Armin Azari Saleh, “Bahasa Kebangsaan di India Kecil”, Pelita Bahasa, Julai 2009, halaman 3.
- Dengan hal demikian, saya berharap agar Pelita Bahasa menyiarkan artikel seperti itu dengan lebih banyak supaya dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar untuk meningkatkan pengajaran dan pemelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Abd Razak Hassan @Haron, “Belajar Bahasa dengan Menggunakan Artikel”, Pelita Bahasa, Julai 2009, halaman 4.
- (1) Dengan hal demikian eloklah kita lihat konsep bahasa Melayu baku. (2) Dengan hal demikian, satu rumusan dapat buat tentang ciri bahasa tinggi. Noresah Baharom, “Bahasa Melayu Tinggi”, Pelita Bahasa, Julai 2009, halaman 10 – 11.
- Dengan hal itu, kita dapat memanipulasikan pelbagai struktur dan bentuk ayat bahasa Melayu untuk menghasilkan wacana ujaran dan penulisan yang lebih menarik. Kho Tong Seng, “Perihal Pengguguran dalam Ayat”, Pelita Bahasa, Julai 2009, halaman 18.
- Dengan hal demikian, kata ganda semu bukanlah kata ganda yang sebenarnya dan sepatutnya tidak dianggap sebagai kata ganda penuh kerana kata itu merupakan satu kesatuan yang utuh (tidak dapat dipisahkan). Zaidi Ismail, “Kata Ganda Semu”, Pelita Bahasa, Julai 2009, halaman 19.
- Dengan hal demikian, guru dapat menggunakan papan tanda trafik sebagai alat pengajaran dan pemelajaran bahasa yang berkesan dan menarik. S. Nathesan, “Belajar Bahasa dengan Papan Tanda Trafik”, Pelita Bahasa, Julai 2009, halaman 35.
- Dengan hal demikian, barulah hubungan dan jalinan persefahaman antara kedua-dua-dua buah negara dapat diperkukuh. Hasrina Baharum, “Menyemai Bahasa Jiwa Bangsa di China”, Pelita Bahasa, Ogos 2009, halaman 6.
- Dengan hal demikian, segala bentuk mesej dan maklumat harus disalurkan antara negara di dunia. Abang Patdeli Abang Muhi, “Penterjemahan Mengembangkan Bahasa Melayu”, Pelita Bahasa, Ogos 2009, halaman 8 – 9.
- Dengan hal demikian, wajarlah tumbuh-tumbuhan yang hidup di permukaannya diabadikan dalam pantun Melayu. Mohd Nazeli Ahmad, “Bunga dalam Pantun Melayu”, Pelita Bahasa, Ogos 2009, halaman 26.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan