Petikan e-mel yang diterima:
Tuan pastinya sudah maklum bahawa PPSMI akan dimansuhkan pada tahun 2012. Berita ini membawa rahmat kepada saya kerana selepas ini saya dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajaran sepenuhnya tanpa gusar akan kelemahan penguasaan bahasa Inggeris saya.
Walaupun bahasa Inggeris bukan lagi menjadi bahasa pengantara Sains dan Matematik, saya akan tetap terus berusaha membaiki tahap penguasaan bahasa Inggeris saya.
Petikan balasan e-mel:
Berita pemansuhan PPSMI secara berperingkat-peringkat untuk sekolah rendah dan menengah sahaja kurang menggembirakan saya. Saya khuatir akan ada lagi helah lain untuk melambat-lambatkan pemansuhan itu secara total. Mudah-mudahan kekhuatiran saya itu tidak menjadi kenyataan.
Eloklah saudara terus berusaha menguasai bahasa Inggeris tetapi bukannya menyokong dasar PPSMI.
Pedoman Bahasa: | Semua | MIAR | DBP | DB | PB | DS | KNB | JPEG || Kesantunan | Salam || Jawi || Pautan: | Scribd | Cikgu | Jawi | IPGMKgu | KBBI | Munsyi || Profil Penulis | Hak Cipta || Puisi: Sambung-menyambung | Hanya Sulap | Kebun Kecil Bahasa || Kembali ke Laman Terkini || Pautan Istimewa: | Soal Jawab Bahasa | Pendidik | Persatuan Pendidik BM |
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan