Tibalah masanya untuk menikmati jamuan. Anak-anak yatim beratur dalam dua barisan. Satu barisan lelaki dan satu barisan perempuan. Mereka bergilir-gilir mengambil makanan daripada beberapa bekas besar di atas meja. Beberapa orang petugas mengawasi pergerakan mereka.
Aku memerhatikan barisan itu dengan perasaan bercelaru. Pada masa itu, seseorang mempersilakan diriku untuk menikmati jamuan di meja tetamu. Aku menolak pelawaan itu dengan sopan. Aku menyatakan bahawa aku sudah makan sedangkan perutku berkeroncong.
Di sudut kanan dewan, lebih kurang 20 orang tetamu duduk di atas kerusi bankuet. Di atas meja di hadapan mereka makanan sudah terhidang. Cara hidangannya menarik. Pinggan mangkuk dan cawan piringnya cantik. Lauknya lima enam jenis. Beberapa orang pelayan wanita sedang melayan mereka. Nasi disendukkan. Air dituangkan.
Di ruang tengah dewan, lebih kurang 50 orang anak yatim duduk di atas kerusi plastik. Tiada ada meja. Mereka meletakan cawan plastik yang berisi air sirap di atas kerusi yang kosong. Mereka menatang makanan dalam pinggan plastik. Ada tiga jenis lauk. Sepotong buah bercampur dengan nasi dan lauk dalam pinggan mereka. Mereka berkelompok. Seseorang dalam setiap kelompok membaca doa makan.
Aku dan lima orang anak usrahku merapati anak-anak yatim itu. Ustazah dan tiga orang ahli usrah muslimah juga bersama-sama dengan kami. Kami mempersilakan mereka menikmati makanan. Kami mendapat undangan sebagai orang masjid kampus.
Kami berdiri di hadapan atau di sisi mereka. Ada antara kami duduk berhadapan dengan mereka. Kami bercakap-cakap dengan mereka. Kami mengemukakan beberapa pertanyaan tentang diri mereka. Kami menatap wajah mereka. Kami memberikan senyuman yang termanis untuk mereka. Ada antara kami menepuk-nepuk bahu mereka.
Ini acara untuk meraikan mereka. Organisasi kami mengundang mereka ke sini. Mereka ialah penghuni sebuah rumah anak yatim kira-kira 50 kilometer dari tempat kami. Mereka datang ke sini dengan menaiki sebuah bas dan sebuah van. Acara ucapan dan penyampaian derma sudah selesai. Sekarang mereka sedang menikmati jamuan. Orang surau kampus seperti kami wajar melayan mereka.
Acara selesai. Tetamu meninggalkan dewan. Anak-anak yatim mula memenuhi perut bas dan van. Kami mengiringi mereka. Apabila bas dan van bergerak, aku memulakan langkah untuk pulang.
Ustazah segera menahanku. Katanya, makanan tetamu dan anak yatim masih berbaki. Wakil penganjur meminta kami makan. Aku meminta ustazah dan ahli usrahnya makan. Aku juga meminta anak usrahku makan.
Aku memberitahu mereka bahawa aku masih kenyang. Kunyatakan bahawa isteriku sedang menungguku di rumah. Dia ada temu janji dengan pihak klinik kesihatan ibu dan anak. Dia perlu menggunakan kereta kami yang sebuah itu. Aku mesti pulang segera. Jadi ustazah, ahli-ahli usrahnya dan ana-anak usrah melepaskan aku pergi dengan senang hati.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan