Diceritakan semula oleh Mohd Isa Abd Razak
Di sebuah kampung, ada seorang gadis. Namanya Mahangkab. Dia pandai bertenun. Dia membuat benang daripada kulit kayu. Dia juga membuat benang daripada pelepah dan daun pohon hutan. Dia menenun kain dengan menggunakan benang tersebut. Bapanya menjual kain itu di tamu.
Di sebuah kampung yang lain, ada seorang pemuda. Namanya Kandadang. Rambutnya sangat panjang. Dia menyimpan rambutnya itu sejak kecil.
Ibu dan bapa Kandadang sudah tua. Mereka menyuruh Kandadang berkahwin. Setiap kali mereka bertanya bila Kandadang hendak berkahwin, pemuda itu menjawab, “Bersabarlah wahai ibu dan ayah. Saya akan berkahwin dengan wanita yang berjaya menenun rambut saya ini menjadi kain.”
Pada suatu hari, Kandadang pergi ke tamu. Dia melihat orang mengelilingi seorang peniaga yang sudah tua. Peniaga itu ialah Pak Baringkok. Dia ialah bapa Mahangkab. Pak Baringkok melihat Kandadang menghampirinya. Kandadang berkata, “Nama saya Kandadang. Saya anak ketua kampung di bukit sana. Ada lagi kain untuk dijual?”
Pak Baringkok menjawab, “Nama pak cik Baringkok. Semua, kain sudah habis dijual. Pada minggu hadapan pak cik akan bawa lagi.”
Pada minggu yang berikutnya, Kandadang tiba awal di tamu. Dialah orang yang pertama membelek jualan Pak Baringkok. “Wah, sungguh halus tenunan kain ini. Coraknya pun cantik. Siapakah yang menenunnya, pak cik?”
“Anak gadis saya, si Mahangkab,” jawab Pak Baringkok.
“Pak cik, saya beli semua kain ini. Saya juga hendak bertanya. Adakah anak pak cik boleh menenun rambut?”
“Mahangkab belum pernah menenun rambut. Dia hanya pernah menenun bulu.”
Kandadang yakin anak Pak Baringkok mampu menenun rambut. Dia berkata dengan nekad dan yakin, “Beginilah, pak cik. Saya ada niat. Saya hanya akan berkahwin dengan sesiapa yang dapat menenun rambut saya.”
“Jikalau tenunan itu boleh bercampur dengan benang, mungkin si Mahangkab boleh melakukannya.” ditambah jawab Pak Cik Baringkok.
“Boleh. Tetapi, bahan utamanya mestilah rambut saya,” jelas Kandadang.
Kandadang memotong rambutnya. Pak Baringkok mengeluarkan kain daripada bakul. Kandadang memasukkan rambutnya ke dalam bakul yang kosong itu. Kemudian dia berkata, “Pak cik bawalah rambut saya ini. Bolehkah pak cik membawa hasil tenunan itu pada minggu hadapan?”
Pak Baringkok mengangguk. Apabila sampai di rumah, dia menyerahkan rambut itu kepada Mahangkab. Dia menyuruh Mahangkab menenunnya untuk menjadi kain.
“Ayah menyuruh saya melakukan pekerjaan yang mustahil.”
“Tidak mustahil, anakku. Bukankah kamu pernah menenun bulu?”
“Memang benar, ayah. Tetapi tenunan itu menggunakan benang dan perekat yang kuat.”
Sambil tersenyum si ayah berkata, “Begitulah juga rambut itu. Ayah akan membantu kamu membuat benang dan perekat.”
Selang beberapa hari, Mahangkab berjaya menyiapkan tenunan itu. Kerja tangannya berupa kain panjang. Benang yang berjalin dengan rambut membentuk corak hitam timbul dengan latar berwarna coklat. Di kedua-dua hujung kain itu terdapat rambu-rambu. Corak hitam dan rambu-rambu itu ialah rambut Kandadang.
Di tamu, Kandadang menerima kain itu dengan rasa kagum dan gembira. Dia memakai kain itu sebagai selempang. Hari itu juga dia mengikut Pak Baringkok untuk bertemu dengan Mahangkab.
Apabila tiba di rumah, Pak Baringkok berasa harian kerana tubuh Mahangkab penuh dengan kutil. Belum pun sempat dia bertanya, Mahangkab berkata dengan suara yang sedih, “Wahai ayah dan orang muda. Lihatlah, tubuh saya ini penuh dengan kutil. Oleh itu, carilah gadis yang lebih baik dan cantik daripada saya.”
Kandadang mendengar suara gadis itu sangat merdu. Dia yakin, gadis inilah jodohnya. Dengan tegas dia berkata, “Saya tetap akan menunaikan janji saya. Saya tetap akan berkahwin dengan kamu. Tetapi kamu juga mesti menerima saya yang berbau busuk ini.”
Maka Kandadang pun berkahwinlah dengan Mahangkab. Kemudian, Pak Cik Baringkok dan isterinya membenarkan Kandadang membawa Mahangkab ke kampungnya.
Kandadang dan Mahangkab menunggang kuda dan memulakan perjalanan. Apabila mereka tiba di sebatang sungai, mereka berehat dan mandi-manda. Tiba-tiba Mahangkab tenggelam. Air sungai yang deras itu menghanyutkannya. Kandadang segera menyelam untuk mencari isterinya.
Setelah beberapa lama, usahanya tetap gagal. Dia duduk di atas batu. Dia menangis mengenangkan nasib dirinya. Tiba-tiba seorang perempuan cantik muncul. Dia mendekati Kandadang dan bertanya, “Kenapa tuan menangis?”
Dalam keadaan masih tersedu-sedan, Kandadang menjawab, “Saya mencari isteri saya. Dia tenggelam dan hanyut. Walaupun dia berkutil, saya tetap menyayanginya.”
“Tidak usahlah tuan mencarinya lagi.”
“Saya akan terus mencarinya. Saya tidak akan balik selagi saya belum menjumpainya.”
Perempuan cantik itu tersenyum dan berkata, “Tidak usahlah mencarinya lagi. Sayalah isteri tuan.”
“Saya tidak percaya. Tuan terlalu cantik. Isteri saya berkutil.”
Perempuan cantik itu mengeluarkan satu benda daripada bungkusan kain. Benda itu ialah baju yang penuh dengan kutil. Dia berkata, “Kalau tuan tidak percaya, lihatlah ini. Kutil itu sebenarnya ialah baju saya.”
Setelah melihat baju yang penuh dengan kutil itu, barulah Kandadang percaya. Dia pun memeluk isterinya.
“Tubuh tuan pula tidak berbau busuk lagi,” bisik si isteri.
Mereka meneruskan perjalanan ke bukit dengan perasaan yang sungguh gembira.
Kosa Kata
tamu pasar sehari di Sabah.
Dewan Pelajar, Ogos 2009.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan