Air muka bagi orang Melayu mempunyai peranan bukan setakat masa berlangsungnya komunikasi, tetapi menjangkau ruang lingkup yang lebih jauh daripada itu. Air muka seseorang membawa pengertian yang lebih jauh dan mendalam, bukan setakat nama baik orang yang berkenaan sahaja, tetapi meliputi juga didikan yang diperoleh daripada ibu bapa, guru dan kaum keluarga. Dengan itu, nama baik dan maruah seseorang itu meliputi juga nama baik ibu bapa dan kaum keluarganya. Oleh itu, dalam sesuatu komunikasi baik secara bersemuka atau secara bertulis, seseorang itu hendaklah berhati-hati supaya tidak menjatuhkan air muka pihak yang diajak berkomunikasi ataupun juga yang dijadikan subjek komunikasi. Jika jatuhlah air muka sesuatu pihak, maka akan timbul perselisihan yang hebat antara pihak berkenaan yang tentu sahaja akan melibatkan kaum keluarga dan handai taulan.
….
Langkah balas budi yang paling mudah dalam hubungan sesama manusia adalah dalam bentuk bahasa, iaitu ucapan terima kasih atau tutur kata yang seperti itu yang menyatakan betapa besarnya hati kita mendapat “budi” daripada orang yang berkenaan.
Profesor Emeritus Dato’ Dr. Asmah Haji Omar dalam Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media (2007: 8 – 9).
Renungan
Hendaknya kita sentiasa berusaha untuk menjelmakan kesantunan berbahasa dalam komunikasi di Internet. Contohnya, kita berusaha menggunakan bahasa yang baku dan sopan dalam penulisan untuk blog, e-grup, dan Facebook. Kita juga berusaha menjaga kesopanan apabila menulis ulasan dalam blog, Facebook dan sebagainya.
Pedoman Bahasa (JPEG) 061. Minda Tokoh, Pejuang, Pencinta Bahasa Melayu.
Pedoman Bahasa: | Semua | MIAR | DBP | DB | PB | DS | KNB | JPEG || Kesantunan | Salam || Jawi || Pautan: | Scribd | Cikgu | Jawi | IPGMKgu | KBBI | Munsyi || Profil Penulis | Hak Cipta || Puisi: Sambung-menyambung | Hanya Sulap | Kebun Kecil Bahasa || Kembali ke Laman Terkini || Pautan Istimewa: | Soal Jawab Bahasa | Pendidik | Persatuan Pendidik BM |
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan