19 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung Blog Sambung-menyambung, istimewa kepada mereka yang sudi mencatatkan sesuatu dalam ruangan ulasan. Saya memohon maaf kepada tuan/puan atas sebarang kesilapan atau keterlanjuran dalam penulisan saya. Saya mendoakan kesejahteraan tuan/puan pada hari yang mulia ini. Saya doakan juga tuan/puan terus menikmati kesihatan tubuh, kecerdasan minda dan keupayaan untuk menghasilkan tulisan yang bermutu dengan bahasa yang baku dan sopan.

Saya juga mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin, kepada ahli E-Grup Pengajian Melayu, Gerak Usrah dan Amanah Warga Pendidik. Khusus kepada ahli E-Grup Pengajian Melayu yang kebanyakannya pernah berinteraksi dengan saya di alam nyata, maafkan saya sekiranya kata-kata saya menyinggung perasaan tuan/puan. Mudahan-mudahan Allah terus mengurniakan kesihatan tubuh dan kecerdasan minda kepada tuan/puan. Dengan nikmat kesihatan dan kecerdasan itu, saya berharap tuan/puan akan terus berkongsi pengetahuan dan pengalaman di e-grup kita.

Wassalam.

1 Syawal 1430 Hijrah

Tiada ulasan: