Hari ini saya membaca beberapa tulisan lama yang tersiar di akhbar. Antara tulisan yang menarik perhatian saya ialah tulisan Nyza Ayob yang bertajuk “Tukar Bahasa Melayu kepada Malaysia, Keputusan Politik Tanpa Rujuk Pakar”. Tulisan itu tersiar dalam Harakahdaily.Net keluaran 13 Jun 2007.
Tulisan itu masih relevan untuk menjadi renungan kita. Hal ini dikatakan demikian kerana baru-baru ini beberapa akhbar menyiarkan iklan tentang pelawaan untuk menjadi penulis buku teks Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Iklan yang sama terdapat di laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Antara buku teks yang disenaraikan untuk digunakan mulai tahun 2011 ialah buku Bahasa Malaysia SK/SJK Tahun 1.
Nampaknya, mulai tahun 2011 lebih setengah juta murid sekolah rendah di negara kita akan menggunakan istilah “bahasa Malaysia” secara rasmi. Berjuta-juta warganegara Malaysia, terutamanya guru, pengurus pendidikan dan ibu bapa akan menggunakan istilah “bahasa Malaysia”. Lebih banyak pengguna bahasa kebangsaan kita akan berasa selesa menggunakan istilah ini pada tahun 2012 dan tahun-tahun seterusnya.
Perkara ini belum menjadi kenyataan. Namun rancangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan DBP untuk merealisasikannya sudah terbukti dengan penyiaran iklan itu. Apabila hal itu menjadi kenyataan, istilah “bahasa Melayu” akan lenyap sedikit demi sedikit.
Tulisan Nyza Ayob itu diharap dapat membantu kita untuk mempertimbangkan sama ada perkara ini kecil atau besar. Sesudah itu, wajarlah kita laksanakan tindakan yang sesuai.
Pedoman Bahasa: | Semua | MIAR | DBP | DB | PB | DS | KNB | JPEG || Kesantunan | Salam || Jawi || Pautan: | Scribd | Cikgu | Jawi | IPGMKgu | KBBI | Munsyi || Profil Penulis | Hak Cipta || Puisi: Sambung-menyambung | Hanya Sulap | Kebun Kecil Bahasa || Kembali ke Laman Terkini || Pautan Istimewa: | Soal Jawab Bahasa | Pendidik | Persatuan Pendidik BM |
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan