Sari “Soal Jawab Bahasa” (SJB), majalah Pelita Bahasa, Julai 2010.
1. Frasa “pergi ke sekolah” baku. Inilah frasa yang sepatutnya kita gunakan dalam penulisan. Frasa lain yang seumpamanya ialah “balik ke kampung”.
2. Pengguna bahasa Melayu kerap menggunakan frasa *“pergi sekolah", *“balik kampung" dan sebagainya, iaitu tanpa kata sendi nama ke di hadapan kata kerja. Ini ialah bahasa basahan yang tidak sepatutnya kita gunakan dalam penulisan walaupun kerap kita temukan dalam media massa.
3. Ada lirik lagu tidak menggunakan kata sendi nama ke di hadapan kata kerja tak transitif. Contohnya ialah lagu “Balik Kampung" oleh Sudirman Haji Arshad. Frasa “balik kampung" dalam lagu ini tidak gramatis.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan