Ibu dan Saya (1981, Kota Kinabalu) |
Seorang sahabat saya berkata, pada hari genap usia perbanyakkanlah ucapan syukur kepada Allah. Seterusnya doakanlah kesejahteraan untuk ibu dan bapa. Katanya lagi, hari genap usia ialah hari yang baik untuk mengucapkan tahniah kepada ibu.
Rakan Facebook saya yang menggunakan nama pena Penulisan Kreatif pernah mengirimkan nota yang bertajuk “Dirgahayu Ibuku pada Hari Lahirku”. Sari nota itu adalah seperti yang di bawah:
Engkau tidak layak bergembira pada hari ulang tahun kelahiranmu. Ketahuilah, saat engkau bergembira, tatkala itulah ibumu bertarung dengan maut. Apakah engkau masih mahu bergembira tatkala mengingat detik ibumu bertarung dengan malaikat pencabut nyawa?
Saya mengucapkan selamat memperbanyak kesyukuran dan menyampaikan ucapan tahniah kepada ibu, kepada insan yang menyambut hari genap usia. Jangan segan untuk memeluk dan mencium ibu. Saya tidak dapat mengulangi lakuan mulia itu lagi kerana ibu saya sudah lama tiada.
Nota dan perbincnagan di Facebook: http://www.facebook.com/#!/notes/mohd-isa-abd-razak/hari-genap-usia-alhamdulillah-tahniah-ibu/10150473507045089.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan