Kenyataan Media TERAS 7 April 2011
di salin daripada http://barabarajiwa.blogspot.com/2011/04/kenyataan-media-teras.html
Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) membantah dengan keras jika adanya tanda-tanda kerajaan akan menukar keputusannya untuk memansuhkan PPSMI pada tahun yang telah ditetapkan.
Adalah suatu pengkhianatan kepada rakyat jika kerajaan memutuskan untuk mahu mengembalikan PPSMI walaupun dalam versi yang baru.
TERAS tidak akan berkompromi dalam hal ini kerana pendirian majoriti rakyat telah dinyatakan dalam pelbagai desakan , sehingga kemuncaknya iaitu demonstrasi puluhan ribu oleh rakyat dari seluruh negara di Kuala Lumpur.
Kami kesal adanya kumpulan elit yang kecil yang mendesak supaya kerajaan meneruskan PPSMI. Padahal mereka hanya merupakan segelintir elit dari rakyat yang menolakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Andaian cetek mereka ialah Bahasa Melayu tidak berupaya mengangkat martabat bangsa dan negara dan rakyat Malaysia akan ketinggalan dalam arus kemajuan dunia.
Namun nampaknya mereka mendapat dukungan dari media arus perdana Inggeris dan melakukan desakan secara berterusan kepada kerajaan sehingga seolah-olah suara mereka mendapat penonjolan yang meluas.
TERAS berpendirian apakah data yang membuktikan betapa jutaan anak-anak Melayu di sekolah kebangsaan terutama di kawasan desa akan menjadi mangsa jika PPSMI diteruskan tidak cukup menjadi alasan yang kuat PPSMI perlu dibatalkan?
Tidakkah mereka tahu betapa selama PPSMI dikuatkuasakan ratusan ribu anak Melayu tercungap-cungap melalui pelajaran mereka.
Bukankah hal ini telah diperakui sendiri oleh Menteri Pelajaran ketika mengumumkan PPSMI akan dimansuhkan.
Jika yang mereka pentingkan ialah golongan yang setaraf dengan mereka semata-mata maka lebih baik mereka berfikir sama ada mahu terus berada dalam sistem bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar atau keluar dari sistem ini.
Ada apa kumpulan pendesak PAGE ini beria-ia supaya PPSMI diteruskan?
Hujah bahawa negara akan rugi kerana tidak menguasai bahasa Inggeris adalah dangkal dan tidak sama sekali dapat dipertahankan walaupun dengan hujah ilmiah.
TERAS mendesak pihak kerajaan tidak bermain kayu tiga dalam isu ini. Janji bahawa PPSMI akan dimansuhkan mesti ditunaikan jika kerajaan tidak mahu sekali lagi berhadapan dengan gelombang kebangkitan rakyat.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS
di salin daripada http://barabarajiwa.blogspot.com/2011/04/kenyataan-media-teras.html
Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) membantah dengan keras jika adanya tanda-tanda kerajaan akan menukar keputusannya untuk memansuhkan PPSMI pada tahun yang telah ditetapkan.
Adalah suatu pengkhianatan kepada rakyat jika kerajaan memutuskan untuk mahu mengembalikan PPSMI walaupun dalam versi yang baru.
Klik gambar untuk membaca teksnya. |
Kami kesal adanya kumpulan elit yang kecil yang mendesak supaya kerajaan meneruskan PPSMI. Padahal mereka hanya merupakan segelintir elit dari rakyat yang menolakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Andaian cetek mereka ialah Bahasa Melayu tidak berupaya mengangkat martabat bangsa dan negara dan rakyat Malaysia akan ketinggalan dalam arus kemajuan dunia.
Namun nampaknya mereka mendapat dukungan dari media arus perdana Inggeris dan melakukan desakan secara berterusan kepada kerajaan sehingga seolah-olah suara mereka mendapat penonjolan yang meluas.
TERAS berpendirian apakah data yang membuktikan betapa jutaan anak-anak Melayu di sekolah kebangsaan terutama di kawasan desa akan menjadi mangsa jika PPSMI diteruskan tidak cukup menjadi alasan yang kuat PPSMI perlu dibatalkan?
Tidakkah mereka tahu betapa selama PPSMI dikuatkuasakan ratusan ribu anak Melayu tercungap-cungap melalui pelajaran mereka.
Bukankah hal ini telah diperakui sendiri oleh Menteri Pelajaran ketika mengumumkan PPSMI akan dimansuhkan.
Jika yang mereka pentingkan ialah golongan yang setaraf dengan mereka semata-mata maka lebih baik mereka berfikir sama ada mahu terus berada dalam sistem bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar atau keluar dari sistem ini.
Ada apa kumpulan pendesak PAGE ini beria-ia supaya PPSMI diteruskan?
Hujah bahawa negara akan rugi kerana tidak menguasai bahasa Inggeris adalah dangkal dan tidak sama sekali dapat dipertahankan walaupun dengan hujah ilmiah.
TERAS mendesak pihak kerajaan tidak bermain kayu tiga dalam isu ini. Janji bahawa PPSMI akan dimansuhkan mesti ditunaikan jika kerajaan tidak mahu sekali lagi berhadapan dengan gelombang kebangkitan rakyat.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan