30 April 2011

Terima Kasih Ustaz Shamsul Firdaus

Alhamdulillah. Saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada Ustaz Shamsul Firdaus kerana memberikan tazkirah sebelum bermulanya “lafaz bersejarah” dalam masjid itu. Alhamdulillah, nasihat ustaz bukan sahaja bermanfaat untuk orang yang berkenaan tetapi bermanfaat juga untuk hadirin di masjid itu dan mereka yang menonton rakaman video yang mengandungi nasihat ustaz itu.

Lampiran I

Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus al-Hafiz mengingatkan trio Datuk T supaya mengingati azab Allah, sebelum salah seorang daripadanya, Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat.

Shamsul adalah pendakwah bebas yang dimaksudkan pihak media, ketika hadir memberi “khutbah” kepada Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim di Masjid Amru Ibnu Al As, Sentul pada petang 29 April 2011.

Kehadiran beliau pada mulanya disangka Pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Beliau kemudiannya duduk di hadapan ketiga-tiga individu berkenaan sebelum Eskay mengangkat sumpah.

Shamsul ketika dihubungi Keadilandaily.com berkata, beliau berbuat demikian supaya Eskay memikirkan semula tindakannya yang boleh memakan diri berikutan sumpah laknat tersebut. Selain menasihati ketiga mereka, Shamsul turut memberikan sebuah buku berkaitan hukum qazaf kepada individu terbabit.

“Saya ada menghulurkan buku itu kepada Eskay dan memberikan nasihat berbunyi ‘jangan ambil kira habuan dunia kerana azab Allah lebih pedih’. Apabila melakukan pembohongan akan ada implikasi terutamanya apabila pembohongan itu yang ingin dijadikan sebagai sumpah laknat,” katanya.

Tambahnya, beliau juga menyedari bahawa Eskay membaca sumpah berkenaan mengikut skrip yang ditulis pada sehelai kertas selepas enggan menerima nasihatnya.

“‘Skrip’ yang disiapkan kepada Eskay itu tidak dapat mengelakkan beliau di dalam jenayah qazaf,” katanya.

Sebelum ini Shamsul memberitahu bahawa sumpah membuktikan pertuduhan zina cuma dilakukan oleh pasangan suami isteri, seperti digariskan dalam perundangan Islam.

Sumpah tersebut dipanggil sebagai sumpah Li’an yang dinyatakan dalam Al-Quran dalam surah Al-Nur.

“Sumpah li’an ini pula adalah sumpah saling rela dilaknat, ia tak ‘laku’ kalau hanya sebelah pihak sahaja. Kedua, ia tidak ‘laku’ kalau tidak membabitkan suami dan isteri,” ujarnya.

Rujukan:
http://www.keadilandaily.com/saya-nasihat-depan-eskay-ingatkan-azab-allah-ustaz-shamsul/

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2011/04/video-nasihat-ustaz-shamsul-sebelum.html
http://www.keadilandaily.com/sumpah-laknat-datuk-t-tak-ikut-ajaran-islam-ustaz-shamsul/

Lampiran II

Lampiran III
“Sungguh malang mereka yang pegang al-Quran dalam masjid tidak berpegang dengan ajaran al-Quran. Al-Quran itu sekadar untuk dipegang bukan untuk berpegang dan beramal dengan ajarannya.” Ustaz Mohd Isa Daud, 30 April 2011.

Sumber: http://khatibwalwaasi.blogspot.com/2011/04/umno-terpalit-porno-al-quran-sekadar.html

Tiada ulasan: