Catatan yang berkaitan
Pelian: Nama dan Harga
Ikan Patin: Nota Permulaan
Gerai pertama itu bersebelahan dengan jalan. Peniaganya seorang lelaki separuh umur, bertubuh kecil dan warna kulitnya agak gelap. Ketika seorang lelaki tua berdiri di hadapan gerainya, dia sedang memindahkan kepingan ikan yang sudah dipotong ke atas meja jualannya.
Sesudah itu dia menambah ketulan ais pada longgokan ikan di kiri meja. Kemudian dia merenjis-renjis air kepada beberapa longgokan ikan. Seterusnya dia membetul-betulkan susunan ikan dalam longgokan tertentu. Pada masa yang sama, dia memandang lelaki tua yang tercegat di hadapan meja jualannya.
Lelaki tua itu agak pendek. Tubuhnya berisi. Perutnya boyot. Hampir separuh rambutnya berwarna putih. Janggutnya yang kurang sejemput itu hanya beberapa helai sahaja yang masih hitam. Dia memakai seluar berwarna hitam dan baju T berwarna kuning. Seluar itu sudah lusuh dan bertompok-tompok dengan kesan cat. Warna kuning bajunya sudah pudar. Terdapat kesan getah pisang pada beberapa bahagian baju itu.
Pengunjung pasar tani terus lalu-lalang. Sudah hampir lima minit, pengunjung hanya lalu di hadapan gerai pertama itu. Yang singgah sejak seminit yang lalu hanya si lelaki tua.
Si peniaga menyedari lelaki tua itu membaca tanda harga. Dia perasan renungan lelaki tua itu bagaikan melekat pada longgokan jenahak. Dahi lelaki tua itu berkerut. Kini dia menggeleng-geleng.
Si peniaga berdiri tegak. Kemudian dia menundukkan kepalanya sedikit. Pada masa yang sama, dia menghalakan telapak tangan kanannya yang terbuka ke arah loggokan jenahak. Sambil tersenyum dan dengan suara yang lembut dia berkata, “Ikan ini masih segar, pak cik. Ini jenahak. Dagingnya lebih lembut daripada ikan merah. Sedap ini, pak cik.”
Orang tua itu membalas senyuman si peniaga. Sambil menayangkan telapak tangan kanannya, dia berkata, “Lain kalilah, tuan.”
Pada masa itu seorang nenek yang bertubuh kurus sudah berdiri di sebelah si lelaki tua. Nenek itu membimbit raga yang belum berisi. Wajahnya ceria. Baju kurung dan tudungnya daripada jenis kain yang bermutu. Dia berkata kepada si peniaga, “Mahal benar ikan ini.”
Lelaki tua itu sudah memulakan langkah untuk meninggalkan si peniaga dan nenek bertubuh kurus. Dia mematikan langkahnya apabila nenek itu berbalas kata dengan si peniaga.
Peniaga: Sudah lama harga macam ini, mak cik.
Nenek: Sampai tiga puluh ringgit sekilo. Mahal benar.
Peniaga: Itu isinya. Kepalanya cuma dua puluh empat ringgit sekilo.
Nenek: His, mahal itu! Pencen naik sedikit sahaja. Pencen den cuma dua ribu. Harga barang naik melambung-lambung. Kalau pencen den empat lima ribu, barulah padan.
Peniaga: Ini ikan baik, mak cik. Ini jenahak. Ikan ini masih segar. Dagingnya lembut. Di pasar raya, harganya lebih mahal. Isinya tiga puluh empat ringgit sekilo. Kepalanya dua puluh lapan ringgit sekilo. Ikan itu pula sudah lama kena ais, sudah lembik.
Nenek: Tiada mengapalah, anak. Pencen mak cik tidak seberapa. Mak cik tidak layak makan ikan mahal.
Peniaga: Tidak mahal, mak cik. Di sana, orang jual tiga puluh empat ringgit sekilo.
Nenek kurus sudah bergerak ke gerai di sebelah kanan ketika si peniaga belum selesai menuturkan beberapa patah perkataan yang terakhir. Namun si lelaki tua dapat mendengar semua pertuturan mereka dengan jelas. Dia sempat memberikan senyuman kepada si peniaga sebelum dia bergerak ke deretan gerai di sebelah kanan. Dia sempat juga melihat nenek kurus membeli ikan selar berharga sembilan ringgit sekilo di gerai kedua.
Lelaki tua itu melangkah perlahan-lahan dari satu gerai ke satu gerai yang lain. Dia membaca semua tanda harga. Dia akur dengan pandangan si peniaga bahawa harga ikan di pasar raya mahal. Sebuah pasar raya yang menggunakan cogan kata “harga rendah setiap hari” pun meletakkan harga ikan 20 hingga 30 peratus lebih mahal berbanding dengan harga di pasar tani.
Lelaki tua itu selesai mengunjungi semua gerai ikan. Dia sudah membaca semua tanda harga. Dia mendapati harga jenahak sama dengan harga di gerai pertama. Dakwaan peniaga gerai pertama bahawa ada peniaga meletakkan harga tiga puluh empat ringgit sekilo tidak benar.
Kini dia melihat-lihat barangan di gerai sayur-sayuran, daging, buah-buahan dan makanan pula. Fikirannya membanding-bandingkan harga ikan antara satu pasar tani dengan pasar tani yang lain serta dengan harga di Pasar Besar Seremban.
Dia mendapati ada perbezaan harga antara pasar tani. Harga ikan di Pasar Tani Salak lebih murah berbanding dengan harga ikan di Pasar Tani Rembau. Harga ikan di Pasar Besar Seremban pula lebih kurang sahaja dengan harga ikan di pasar tani yang besar seperti Pasar Tani Salak.
Dari segi lain, Pasar Besar Seremban menawarkan pilihan yang lebih banyak. Tawar-menawar pula dapat dilakukan dengan lebih selesa kerana di sana persaingan antara peniaga lebih sengit.
Lelaki tua itu terus berjalan dari satu gerai ke satu gerai. Perhatiannya kepada tanda harga semakin berkurangan. Matanya melihat jualan tetapi fikiran masih pada harga ikan.
Rakannya memberitahu, di Shah Alam ada pasar tani khas. Menurut rakannya, pasar tani khas itu diadakan di stadium. Harga jualan di pasar tani khas itu lebih murah berbanding dengan pasar tani biasa.
Sebagai contoh, ikan selar yang masih segar, berharga lima ringgit sekilo sedangkan di pasar biasa dan di pasar tani harga ikan selar adalah antara tujuh hingga dua belas ringgit sekilo. Turun naik harga itu bergantung pada bekalan, kesegaran dan saiz ikan.
Semasa bercuti di Sabah dahulu, lelaki tua itu sempat berkunjung ke Pasar Ikan Kota Kinabalu. Harga ikan di sana kira-kira lima puluh peratus lebih murah berbanding dengan harga di Pasar Besar Seremban. Ketika di sana dahulu, dia membeli sepotong kepala ikan merah tanpa dibelah dan harganya sama dengan harga hanya sebelah kepala ikan merah di Seremban.
Sejak bersara beberapa tahun yang lalu, lelaki tua itu kerap ke pasar dan ke pasar tani. Antara kesukaannya termasuklah membaca tanda harga ikan dan membanding-bandingkannya dengan harga terdahulu dan harga ketika dia remaja.
Semasa dia remaja, harga ikan selar cuma enam puluh sen sekati; kiraan sekarang lebih kurang seringgit sekilo. Harga itu naik, naik dan terus naik. Kira-kira sepuluh tahun yang lalu harga ikan selar adalah antara tiga hingga lima ringgit sekilo. Kini, harganya melonjak antara tujuh hingga dua belas ringgit sekilo.
Tidak mustahil pada suatu hari nanti harga ikan selar mencecah dua puluh ringgit sekilo. Pada masa itu, harga jenahak pula mungkin melebihi lima puluh ringgit. Jikalau dia masih bernafas pada masa itu, dan jikalau pencennya tidak naik, dia mungkin hanya mampu membeli setengah kilo ikan selar. Yang setengah kilo itu pun perlu menjadi lauk tiga atau empat kali.
“Mari kita balik.”
Suara itu menyebabkan langkah si lelaki tua terhenti. Kisah harga ikan dalam fikirannya juga melenyap. Isterinya yang lebih muda daripadanya sudah berada di sisinya. Si isteri membimbit beberapa beg plastik yang berisi beliannya di pasar tani itu. Si suami mengambil beberapa beg plastik itu daripada tangan isterinya.
Dia berkata, “Ada beli kepala ikan?”
Isterinya menjawab, “Ada.”
Dia bertanya, “Jenahak?”
Isterinya menjawab, “Ikan merah, sebelah sahaja; tidak sampai setengah kilo. Itu pun harganya sudah lebih sepuluh ringgit. Kalau kita di KK, kita boleh beli satu kepala terus.”
Dia membalas, “Baiklah. Kita balik.”
Mereka beriringan menuju ke tempat letak kereta.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan