Masukan terdahulu
Berasa Lebih Muda
Tuk Long Atan bukan peminat bola yang hebat. Dia cuma menonton pertandingan Piala Dunia bermula pusingan suku akhir. Dia memilih pasukan tertentu. Kalau siaran larut malam, dia tidur dahulu. Dia bangun kira-kira lima belas minit sebelum pertandingan berakhir. Kadang-kadang dia tertidur dan televisyenlah yang menontonnya.
Dalam pertandingan Piala Suzuki, Tuk Long menonton siaran penuh pertandingan akhir sahaja. Sairan awal langsung dia tidak kisah. Begitu juga dengan perlawanan untuk merebut tempat ke Olimpik. Dia hanya membaca laporan perlawanan yang terdapat dalam akhbar percuma di Internet. Jadi, apabila anak-anak muda itu berborak tentang pertandingan bola sepak, dia hanya menjadi pendengar. Jikalau tidak ditanya, dia tidak mencelah.
Petang kelmarin hujan lebat. Kanak-kanak itu tidak dapat bermain bola. Mereka singgah lagi di halaman rumah Tuk Long. Kali ini mereka berbincang tentang jersi pasukan kebangsaan. Tiba-tiba Tuk Long muncul sebagai pembicara yang aktif.
Asal mulanya seorang kanak-kanak bertanya, “Dahulu atuk main bola?”
Tuk Long menjawab, “Ya. Masa kanak-kanak macam kamu, atuk bermain bola.”
Seorang kanak-kanak lain menyoal, “Ada padang macam ini, atuk?”
Tuk Long membalas, “Tidak. Kami bermain di tanah lapang. Selepas menuai, kami bermain di sawah. Apabila ada perlawanan di kampung lain atau di estet, baru kami dapat bermain di padang.”
Kanak-kanak yang terkecil dalam kumpulan itu mencelah, “Mungkin atuk pemain hebat.”
“Tidaklah. Selalunya atuk menjadi penjaga gol. Sesekali atuk menjadi bek. Kadang-kadang atuk mendapat peluang menjadi pemain sayap. Atuk tidak pernah menjadi penyerang.”
Seorang kanak-kanak yang berbadan gempal pula mencelah, “Ada jersi?”
“Pada masa itu tidak ada jersi. Selalunya, dalam perlawanan satu pasukan berbaju dan satu pasukan lagi tidak berbaju.”
“Macam kami juga,” kata seorang kanak-kanak. Mereka ketawa. Tuk Long pun tumpang ketawa. Dia berasa gembira.
Nenek si Normayati muncul. Dia menatang dulang. Dia meletakkan dulang berisi sepinggan besar ubi rebus, sepiring ikan masin goreng dan beberapa biji cawan. Dia meletakkan dulang itu di atas meja. Asap nipis daripada ubi rebus itu naik ke udara dan menghilang sebum mencecah sengkuap zink. Aroma ikan masin mengacah selera. Kanak-kanak itu terdiam dan berpandangan sesama sendiri. Ada yang mengulum senyum dan ada yang tersengih-sengih.
Nenek si Normayati masuk dan kemudian keluar membawa dua teko kopi o panas.
“Terima kasih, nenek,” ucap tiga empat orang kanak-kanak.
“Sama-sama. Makanlah,” balas nenek si Normayati sambil tersenyum. Dia masuk semula ke dalam rumah dua tingkat itu.
Kanak-kanak itu berpandangan sesama sendiri. Tuk Long menyedari mereka agak segan. Dia berkata, “Tuang air. Makan ubi dengan ikan masin. Kita makan sambil berbincang pasal bola!”
Kanak-kanak, juga Tuk Long, usik-mengusik sambil menikmati ubi rebus dan kopi o panas.
Hujan mulai reda. Dentingan titik-titik hujan pada sengkuap sudah berkurangan. Hawa masih dingin. Ubi rebus hangat dengan kopi o panas semakin berkurangan. Perbincangan tentang bola bersambung.
Kanak-kanak yang terkecil bersuara semula, “Mungkin atuk penjaga gol yang hebat.”
Setelah menelan ubi rebus yang dikunyahnya dan setelah meneguk baki kopi o-nya, Tuk Long memberikan penjelasan, “Tidak juga dan sememangnya atuk tidak tercabar. Atuk hanya bermain untuk kampung. Di sekolah rendah kami dahulu, tidak ada padang. Jadi tidak ada permainan bola sepak. Di sekolah menengah, atuk bermain hoki dan bola tampar. Atuk tidak terpilih menjadi pemain bola sepak kerana banyak rakan atuk lebih hebat.”
Atuk terdiam agak lama. Kanak-kanak yang terkecil itu berkata, “Apabila dewasa atuk tidak bermain bola lagi?”
Tuk Long menepuk bahu kanak-kanak itu dan berkata, “Itu soalan yang baik. Apabila sudah bekerja, atuk masih bermain bola sekali-sekala. Atuk tetap menjadi penjaga gol. Seingat atuk, hanya lima kali gawang yang atuk jaga bocor.”
“Atuk hebat!” kata kanak-kanak yang berbadan gempal.
Tuk Long tersenyum. Dia berkata, “Hebat itu, tidaklah. Cuma, atuk yakin peranan penjaga gol sangat penting. Sebab itu banyak penjaga gol menjadi kapten pasukan. Sekarang pun atuk menjadi penjaga gol.”
Kanak-kanak itu berasa hairan. Beberapa orang antara mereka kelihatan ingin bersuara. Kanak-kanak terkecil terkehadapan dan suaranya lantang kedengaran, “Eh, betulkah atuk? Di manakah atuk bermain?”
“Betul, Tuan Abdul Hakim! Atuk bermain di Internet. Atuk menjadi kapten. Atuk menjaga gol. Atuk mengatur strategi. Atuk tidak menyerang. Kawan-kawan atuk yang menyerang. Mereka penyerang yang berani dan lincah. Atuk memberi perangsang kepada mereka. Kawan-kawan yang bertahan pula berpengalaman. Kubu kami sukar ditembusi. Hanya beberapa kali sahaja gawang yang atuk jaga diuji. Semua ujian itu tersasar. Pihak lawan menyepak bola secara liar. Ada sepakan terlalu tinggi. Ada sepakan terlalu ke kanan. Ada sepakan terlampau ke kiri. Tiada satu pun sepakan mereka menjunam ke gawang.”
Kanak-kanak itu terdiam. Ada yang terkebil-kebil dan ada yang terkulat-kulat. “Mungkin permainan Internet,” kata seorang kanak-kanak kepada rakan-rakannya.
“Ya, permainan di Internet,” Tuk Long mengiakan. Dia menyambung, “Sekarang, sebagai orang tua, atuk tidak mampu bermain lagi. Atuk menjadi jurulatih dan pengurus. Ya, jurulatih dan pengurus. Ya, jurulatih merangkap pengurus. Atuk mengatur strategi. Kami tidak mengharapkan kemenangan. Jikalau ditakdirkan, kami reda menerima kekalahan. Itulah yang atuk ajarkan kepada anak-anak buah atuk. Namun, kami tidak akan memberikan kemenangan percuma kepada pesaing kami. Kami sudah bertekad untuk terus berjuang! Kami sudah berikrar untuk terus berjuang! Perjuangan ialah pelaksanaan tekad dan ikrar. Kami pejuang! Kami mesti terus berjuang!”
Kanak-kanak itu terpegun. Ada yang terkebil-kebil, ada yang terkulat-kulat dan ada yang melongo. Tuk Long terus berbicara, “Ini, baju kuning. Ya, macam warna baju pasukan negara kita juga. Baju kuning ini jersi kami. Ini baju rasmi pasukan kami. Ini warna diraja! Tengok, baju kuning ini cantik dan bersih. Ya, cantik dan bersih. Bersih! Bersih! Bersih! Permainan kami bersih ….”
Pada masa itu terdengar dentuman guruh. Dentuman itu berulang, memanjang dan menghilang. Tuk Long sudah berada di tingkat atas rumahnya apabila dentuman berulang kali ketiga. Paparan komputer riba di atas meja kerjanya sudah padam. Talian Internet terputus. Ada bau hangit.
Hujan berhenti. Tuk Long Atan kembali ke tingkat bawah. Kanak-kanak itu sudah meninggalkan sengkuap rumahnya. Hanya dua orang kanak-kanak menunggu kehadirannya. Mereka hendak meminta diri dan mengucapkan terima kasih secara rasmi. Sebelum mereka sempat bersuara, Tuk Long mengadu, “Modem atuk terbakar!”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan