Hari ini Pak Long Atan berasa dirinya muda semula. Puncanya, dia menerima panggilan “abang”.
Awal pagi tadi budak India yang menjual susu lembu memanggilnya "abang". “Belilah susu ini, abang. Satu bungkus cuma lima ringgit. Susu fresh ini, abang. Baik untuk kesihatan kita.”
Akhirnya Pak Long Atan termakan pujukan si penjual susu lembu itu. Dia membeli dua bungkus susu lembu segar. Dengan panggilan abang dan khasiat susu lembu segar, dia berharap dia akan terus berasa muda.
Sebenarnya usia Pak Long Atan sudah lebih enam puluh tahun. Dia menghabiskan usianya hampir empat puluh tahun di Sabah, termasuk beberapa tahun selepas bersara. Kini dia sudah membeli rumah dan tinggal di sebuah negeri di Tanah Semenanjung.
Seingatnya, sejak berusia empat puluhan amat jarang sesiapa memanggilnya “abang”. Telinganya hanya mendengar panggilan “encik”, “tuan”, “pak cik”, “pak long” dan “Pak Atan”.
Hari ini merupakan hari yang menyebabkan dia berasa muda kembali. Sehingga pukul lima petang, sudah empat orang memanggilnya “abang”. Insan pertama yang baik hati memanggilnya “abang” ialah budak yang menjual susu lembu segar.
Di Sabah, dia belum bertemu dengan budak yang menjual susu lembu segar. Budak yang menjual rokok seludup dari Filipina banyak. Ada juga budak yang menjual sayur dan buah tarap. Mereka menyapanya dengan panggilan “pak cik” atau “uncle”. Malah ada juga budak yang memanggilnya “atuk”. Di Sabah, dia berasa cepat tua.
Kini dia berasa muda kembali. Selepas budak India memanggilnya “abang”, orang India separuh umur pula menyapanya dengan panggilan yang sama. Hal itu berlaku ketika dia membeli rokok di kedai.
Sebelum tengah hari, Pak Long Atan singgah di taman tasik. Seorang pemotong rumput berusia kira-kira lima puluhan menyapanya dengan panggilan “abang” juga.
Sebelum pulang dari taman itu, Pak Long Atan menyapa seorang pegawai keselamatan. “Aya menjaga taman ini?” soalnya.
“Ya, abang. Kita kena jaga sebab ada orang jahat dan budak nakal,” kata pegawai keselamatan itu.
“Umur aya berapa tahun?”
“Sudah enam puluh lima, abang. Dua anak pun susah cari makan. Bini sendiri ada. Saya mesti kerja untuk makan sendiri dan bini.”
Selepas pukul lima petang, Pak Long Atan berjoging di taman. Seorang wanita India juga berjoging bersama-sama dengannya. “Aci hari-harikah berjoging?”
“Satu minggu dua atau tiga kali sahaja, abang.”
“Berapakah umur aci?”
“Baru enam puluh lapan, abang.”
Meremang buku tengkuk Pak Long Atan menerima panggilan “abang” daripada nenek itu.
Waktu pulang ke rumahnya, Pak Long Atan tersenyum-senyum. Dia masih tersenyum-senyum apabila membuka pintu pagar rumahnya. Isterinya yang sedang menyiram pokok bunga menegurnya, “Apalah halnya orang tua ini, senyum-senyum sahaja.”
“Berasa lebih muda selepas berjoging,” balasnya ringkas sambil terus senyum-senyum.
“Eh, atuknya. Ada beli sirih yang saya pesan tadi?”
Oh, Pak Long Atan lupa pesan nenek si Normayati. “Ala, abang lupa,” dia berkata sambil menepuk dahinya.
Senyumnya serta-merta hilang. Rasa mudanya meringan dan melayang bersama-sama tiupan lembut angin senja.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan