Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Warga Bukit Langsat yang dirindui,
Alhamdulillah. Saya sihat. Sakit-sakit seharian atau seminggu dua itu, biasalah pada usia senja ini. Isteri saya semakin sihat. Saya doakan tuan/puan sihat sejahtera dan dapat meneruskan usaha cemerlang sebagai hamba-Nya, datuk/nenek, ayah/ibu, suami/isteri, anak, penjawat awam dan sebagainya.
Saya rindu akan Bukit Langsat. Jikalau tuan/puan ada sedikit masa terluang dan ada sesuatu yang rasa-rasanya wajar dikongsikan dengan saya, apabila tuan/puan mengusahakan perkongsian itu, terima kasih yang setinggi-tingginya saya ucapkan. Entah mengapa, saya teringat akan Tuan Mejar (B) Yeap Keng Leng, Encik Ruslin Ekon dan beberapa orang yang lain, termasuk pembaca catatan ini. 5 April 2012, 6.16 pagi
Ulasan Pilihan
MIAR: Cikgu Nismah, puan pernah bersimpuh di tingkat empat pangsapuri Bukit Langsat. Pengalaman, khususnya yang memeritkan, pasti menjadikan puan semakin dewasa dan bertambah cekal mendepani hari-hari muka.
Cikgu Gulu Kiasu, benarlah, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat lalu-lalang. Rumah Anak Yatim, Masjid Tambunan, Arwah Ustaz Ahmad Darbi, Ustaz Hadiq Ismail yang mesra dan terlalu banyak lagi, masih segar dalam ingatan hamba..
Tina Kartina: Assalamualaikum tuan. Pengalaman menjadi anak didik tuan Bukit Langsat benar-benar mematangkan diri. Rindu terubat apabila berpeluang mengikuti kursus MBMMBI selama sebulan di sana dan sempat bertemu Encik Mohd Firdaus Salam serta Encik Adnan Endut. Terasa rindu juga kepada Allahyarham Encik Mohd Zakaria, tutor yang sangat kecindan dan menjaga kami PMKH dengan baik. 5 April 2012.
Mohd Hussein Harun: Saya di MPKS pada tahun 1992-1994. Cikgu mengajar kelas saya 103 hingga 303. Sewaktu saya praktikum di SK Kemabong, cikgu yang menyelia. Saya masih ingat, sewaktu Cikgu pergi menyelia untuk kali kedua rasanya, cikgu sampai lewat dengan badan penat dan berpeluh kerana terpaksa menukar tayar van yang pancit tergelek paku.
Sewaktu cikgu mengajar di kelas, saya rasa, sayalah orang yang paling banyak bertanya. Sebenarnya saya suka dengan pengajaran cikgu yang bersahaja, saya tidak berasa kekok untuk bertanya biarpun percakapan saya sangat pekat loghat Kelantan. Saya rasakan cikgu merupakan pensyarah yang paling rajin mengajar, tidak pernah tinggal kelas, masuk ke kelas awal dan keluar lewat sebab cikgu ralit menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.
Sebenarnya Bukit Langsat itu di mana? "Segala kesenangan, kesusahan, kesedihan, kepahitan, keperitan dan kegembiraan yang kita tempuhi hari ini, hanyalah menjadi pengalaman di hari muka."
MIAR: Cikgu Mohd Hussein Harun, ulasan cikgu menyegarkan ingatan saya. Pada masa itu jalan ke Kemabong belum bertar dan berdebu. Van saya tidak mempunyai pendingin hawa. Saya pula memakai baju tebal (bush jaket) dan ada anak baju. Itu adalah antara kenang-kenangan di Bukit Langsat (Kampus MPKS). Cikgu pernah menjadi pelajar yang baik. Terima kasih, cikgu. Maafkan saya sekiranya ada apa-apa kekasaran dan kesilapan.
Kamilin Masadin: Assalamualaikum. Sayu saya membaca catatan cikgu. Banyak kenangan kita bersama di MPKS. Cikgu antara pensyarah yang saya rapat, selain Ustaz Abdul Jabbar dan ramai lagi. MPKS mematangkan kami untuk menjadi guru yang berdedikasi juga menjadi pemimpin.
Kini saya selalu bersama degan Cikgu Darus Jamian dan Cikgu Azmi di Masjid Taqwa.
Saya mengikuti perkembangan cikgu dalam penulisan. Maaf kerana tidak sempat memberikan komen. Saya doakan cikgu dan keluarga cikgu agar sentiasa diberikan rahmat oleh Allah SWT. Terima kasih atas ilmu yang dicurahkan untuk kami terutama bidang bahasa.
Kisah Bukit Langsat pernah dimuatkan dalam majalah MPKS. Saya lupa keluaran tahun berapa. Barulah saya tahu rupa-rupanya MPKS didirikan di Bukit Langsat pada ketika itu.
MIAR: Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Cikgu Kamilin dan rakan-rakan, saya pun mengetahui nama Bukit Langsat melalui majalah MPKS. Majalah itu mungkin terbitan akhir 1980-an atau awal tahun 1990-an. Saya yakin majalah itu ada di Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Keningau Jikalau ada kesempatan, Puan Safiah Bidin diharap dapat meminta rakan di Pusat Sumber IPG Kampus Keningau untuk mengesan majalah itu. Jikalau sudah ditemukan dan ada kesempatan, catatkan keluarannya di sini. Jikalau ada salinan imbaslah halaman yang berkenaan. Pasti kenang-kenangan saya dan rakan-rakan semakin hidup.
Saya berusaha mempopularkan nama Bukit Langsat melalui tulisan dan paparan slaid Power Point. Paparan slaid Power Point yang saya usahakan kerap menjadi bahan taklimat oleh Puan Aminah dan Puan Mary. Mereka bijak membumbui sejarah MPKS/IPKS/IPG Kampus Keningau untuk menarik perhatian para tamu, terutamanya dari Sarawak dan Semenanjung.
Saya pernah bertemu dengan Ustaz Abdul Jabar di IPG Kampus Bangi pada tahun 2009. Beliau sihat dan, seperti dahulu, sungguh ceria. Kita sama-sama beruntung kerana rapat dengan beliau.
Cikgu Kamilin, teruskan usaha gigih tuan untuk mendidik diri, keluarga, anak didik dan masyarakat. Wallahuaklam. Wassalam.

Selain itu, sejak Puan Mary menerajui kampus Bukit Langsat, kayu manis dan buah langsat adalah antara bahan yang terdapat dalam bakul kecil sebagai buah tangan untuk tetamu. Saya berasa seronok apabila Pengarah, Timbalan Pengarah dan para pensyarah bercerita tentang kaitan kayu manis dan buah langsat dengan kampus kesayangan kita. Saya nampak para tamu mengganggu-angguk tanda faham. Seorang jurukamera video sempat merakamkan peristiwa seorang tetamu dari Sarawak mencium kayu manis. Episod itu saya muatkan dalam satu video terbitan tahun 2007.
Saya pernah bertemu dengan Ustaz Abdul Jabar di IPG Kampus Bangi pada tahun 2009. Beliau sihat dan, seperti dahulu, sungguh ceria. Kita sama-sama beruntung kerana rapat dengan beliau.
Cikgu Kamilin, teruskan usaha gigih tuan untuk mendidik diri, keluarga, anak didik dan masyarakat. Wallahuaklam. Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan