Dalam beberapa pelajaran awal, pelajar mengenal dan menulis huruf alif, ya, wau, ba, ta, nun, nya dan jim. Lebih sepertiga masa setiap sesi pelajaran digunakan untuk latihan menulis huruf tunggal dan huruf bersambung bagi membentuk perkataan seperti abu, babu dan babi. Perkataan-perkataan itu membentuk ayat seperti “Abu bawa bubu”, “Babu bawa Boby” dan “Yati bawa tuba”. Pengajaran dan pembelajaran itu berjalan lancar. Aku berasa bangga kerana semua pelajar itu akhirnya boleh membaca dan menulis tulisan Jawi, termasuk menulis nama sendiri dan nama khas seperti Sandakan, Kota Kinabalu dan London.
Aku menggunakan beberapa kuliah sebelum peperiksaan untuk latihan menjawab soalan. Bagi latihan menukarkan tulisan Jawi kepada tulisan Rumi, hampir semua pelajar mendapat markah penuh. Bagi latihan menukarkan tulisan Rumi kepada tulisan Jawi pula, pencapaian mereka umumnya sederhana. Aku melatih tubi mereka menulis perkataan yang dijangka akan digunakan dalam soalan. Antara perkataan itu termasuklah “dan”, “ini” dan "itu". Hasil bimbinganku dan usaha gigih mereka, aku mendapat maklum balas bahawa mereka keluar dari dewan peperiksaan dengan perasaan yang lega.
Makluman pada 14 November 2012
Sebahagian kandungan catatan ini dipadamkan kerana ada fakta silap. Pemurnian sedang diusahakan. Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan