Ungkapan lengkap suprasegmental ialah fitur suprasegmental yang seerti dengan ciri prosodi. Ungkapan ini bermaksud pertuturan yang tidak terhad pada satu penggalan. Contohnya, tekanan, nada dan kepanjangan. Secara umum, dalam bahasa Melayu baku unsur-unsur ini tidak membezakan makna. Dalam bahasa sukuan di Sabah unsur ini ada yang membezakan makna. Hal ini perlu dikaji oleh anak jati Sabah yang terdidik dalam linguistik. Dalam bahasa lain seperti bahasa Arab, Cina dan Inggeris, unsur-unsur ini penting.
Dalam pertuturan umum Sabah, khususnya dalam kalangan suku kaum Dusun, kepanjangan membezakan makna. Contohnya, /sekarang/ (tanpa kepanjangan) bermaksud kini. Sebaliknya /seka:rang/ dengan kepanjangan dalam suku kata praakhir bermaksud lama lagi. Demikian juga halnya dengan /sana/ (hilok) bermaksud di sana (tidak berapa jauh) tetapi /sa:na/ (hi:lok) bermaksud jauh di sana. Semakin panjang bunyi vokal dalam suku kata /sa/ semakin jauhlah tempat yang dimaksudkan.
Dalam bahasa Melayu baku, kepanjangan, tekanan dan nada tidak membezakan makna; atau dalam kajian bahasa disebut tidak bersifat fonemik. Contohnya, perkataan /makan/ yang diucapkan tanpa kepanjangan sama sahaja maknanya apabila diucapkan dengan kepanjangan.
Namun tekanan dan nada berperanan untuk memperjelas makna dalam intonasi. Contohnya, ujaran “Mainlah lagi” yang diucapkan dengan intonasi ayat penyata secara bersahaja memang itulah maknanya. Sebaliknya, ayat yang sama apabila diucapkan dengan “nada sinis” bermaksud “Kalau berani, mainlah lagi” atau “Jikalau kamu hendak menempah nahas, mainlah (buatlah) lagi” dan sebagainya, bergantung pada konteks.
Nurul Liza L: Dalam bahasa Cina ada empat cara penyebutan yang membezakan makna.
MIAR: Dalam bukunya Linguistik Am, Profesor Dr. Abdullah Hassan menyatakan "ma" ada empat makna, iaitu bergantung pada nada sama ada mendatar, meninggi, turun naik, dan menurun.
Nurul Liza: Dalam bahasa Cina bunyi mendatar, meninggi, turun naik dan menurun itu disebut sebagai "ying, yang, sang, qi".
Nur Aeis: Dalam bahasa Arab aspek suprasegmental (kepanjangan/harakat) berkait rapat dengan hukum tajwid iaitu hukum mad. Dalam bacaan al-Quran sememangnya hukum panjang pendek ini bukan sahaja memberi makna yang berbeza malah boleh menatijahkan kesan yang besar jika berlaku kesalahan. Contohnya, perkataan “amin” jika sebutan “a” dipanjangkan sehingga enam harakat (hukum mad lazim), maknanya ialah selamat (rujuk surah al-Maidah: 2). Tetapi bagi ucapan “amin” selepas surah al-Fatihah, “a” dibaca dua harakat (hukum mad badal) dan “min” boleh dibaca dua, empat atau enam harakat (berdasarkan hukum mad arid lissukun) yang bermaksud terimalah. Walau bagaimanapun, apabila kita berbahasa Arab, hukum tajwid termasuk hukum mad (hukum panjang pendek) ini tidak berlaku; begitu juga dengan hukum ghunnah (dengung).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan