Sabah Tempat Bermain
Selain bertunang, kembali merokok dan dilambung ombak, satu lagi peristiwa penting yang saya alami pada tahun 1980 ialah pertemuan khas untuk membincangkan tuntutan Persatuan Bahasa Cina (PBC) maktab kami. Peristiwa itu berlaku selepas saya pulang dari Pitas dan merupakan rentetan peristiwa sebelumnya.
Pada suatu hari, Penasihat PBC, Encik Chin Shi Cin memberitahu saya bahawa pelajar-pelajarnya akan mengemukakan tulisan dalam bahasa Cina untuk Inti Sari, iaitu majalah maktab. Selaku Penasihat Sidang Pengarang Inti Sari, saya menyatakan bahawa penulisan deskriptif dan kreatif dalam bahasa Cina untuk majalah itu memang dibenarkan. Walau bagaimanapun, laporan tahunan rasmi seperti laporan kegiatan PBC dan kumpulan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak (PPAK) Pengajian Cina (PC) hendak ditulis dalam bahasa Melayu. Encik Chin berjanji akan menyampaikan pandangan saya itu kepada para pelajarnya.
Saya berkeyakinan bahawa pemimpin PBC yang dianggotai oleh guru pelatih PPAK PC akur dengan pandangan saya. Hal itu saya katakan demikian kerana mereka sudah matang. Kebanyakan mereka berumur lebih dua puluh tahun dan pernah menjadi guru sandaran tidak terlatih. Tentulah mereka faham bahawa urusan rasmi kerajaan dilakukan dalam bahasa Melayu. Majalah Inti Sari ialah terbitan rasmi maktab atas nasihat saya dan diusahakan oleh sidang pengarang.
Saya juga beranggapan bahawa para pelajar PPAK PC itu menghormati saya selaku Ketua Unit Bahasa Melayu yang pernah mengajarkan tulisan Jawi kepada mereka. Hal itu berlaku kerana dalam peperiksaan Bahasa Melayu Komunikasi ada soalan tentang tulisan Jawi yang bernilai lima belas markah sedangkan tiada masa khas untuk mengajarkan tulisan Jawi. Pensyarah menggunakan kebijaksanaan sendiri untuk “menyentuh” Jawi antara lima hingga sepuluh jam. Hal itu sesuai untuk guru pelatih yang beragama Islam yang secara umumnya celik Jawi tetapi tidak sesuai untuk kumpulan PPAK PC yang kesemuanya buta Jawi.
Pada penggal pertama dan kedua, saya mengadakan masa khas untuk pelajaran tulisan Jawi di kelas itu. Saya menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang saya anggap sesuai dengan latar belakang mereka dan kehendak sukatan pelajaran. Saya mengajar mereka berdasarkan buku Belajar Tulisan Jawi karangan Haji Abdul Razak Hamid dan Haji Mokhtar Mohd. Dom. Cetakan pertama buku itu adalah pada tahun 1977. Buku terbitan Penerbit Fajar Bakti itu disusun berdasarkan 180 pelajaran yang pernah disiarkan secara bersiri oleh Televisyen Malaysia pada 5 Januari 1976 hingga 10 September tahun yang sama.
Setiap sesi pelajaran bermula dengan penjelasan ringkas berpandukan buku teks berserta contoh yang saya tuliskan di papan hitam. Langkah itu diteruskan dengan perbincangan secara kelas. Langkah seterusnya ialah kegiatan menulis huruf dan perkataan. Mereka berusaha mendapatkan perhatian dan bimbingan saya. Hasil kerja beberapa orang pelajar sempat saya semak pada masa itu juga. Hasil kerja pelajar-pelajar yang lain saya semak di luar bilik kuliah.
Dalam beberapa pelajaran awal, pelajar mengenal dan menulis huruf alif, ya, wau, ba, ta, nun, nya dan jim. Lebih sepertiga masa setiap sesi pelajaran digunakan untuk latihan menulis huruf tunggal dan huruf bersambung bagi membentuk perkataan seperti abu, babu dan babi. Perkataan-perkataan itu membentuk ayat seperti “Abu bawa bubu”, “Babu bawa Boby” dan “Yati bawa tuba”. Pengajaran dan pembelajaran itu berjalan lancar. Saya berasa bangga kerana semua pelajar akhirnya boleh membaca dan menulis tulisan Jawi, termasuk menulis nama sendiri dan nama khas seperti Sandakan, Kota Kinabalu dan London. Mereka menulis nama sendiri dengan tulisan Jawi pada kulit buku latihan.
Dalam ujian akhir penggal kedua, bagi latihan menukarkan tulisan Jawi kepada tulisan Rumi, hampir semua pelajar mendapat markah penuh. Bagi latihan menukarkan tulisan Rumi kepada tulisan Jawi pula, pencapaian mereka umumnya sederhana. Oleh sebab asas sudah ada, mereka boleh mengadakan latihan persendirian untuk mengatasi kekurangan itu.
Pada penggal ketiga, lebih banyak masa diperlukan untuk menyelesaikan aspek ilmu bunyi bahasa. Hampir separuh markah peperiksaan adalah tentang aspek itu. Masa khas Jawi dihentikan dan digunakan untuk aspek ilmu bunyi bahasa, termasuk ulang kaji dan latih tubi menjawab butiran objektif aneka pilihan.
Keyakinan saya bahawa bekas pelajar tulisan Jawi kendalian saya itu akur dengan pandangan saya agar laporan PBC dan kumpulan PPAK PC ditulis dalam bahasa Melayu meleset. Beberapa hari kemudian, Encik Chin memberitahu saya bahawa pemimpin PBC mengekalkan pendirian asal. Saya juga mempertahankan pendirian saya. Laporan itu tidak akan disiarkan.
Anggapan saya bahawa perkara itu selesai meleset juga. Sekembalinya saya dari Pitas, Tuan Pengetua, Encik Abdul Manaf bin Jaafar, memanggil saya untuk berbincang di pejabatnya. Dia menyatakan bahawa PBC mengekalkan keputusan untuk menggunakan bahasa Cina bagi laporan. Walaupun beliau tidak berjanji untuk menggunakan kuasa pentadbiran bagi mengekalkan keputusan saya, saya berkeyakinan bahawa mantan pensyarah Bahasa Melayu Maktab Perguruan Sultan Idris itu menyebelahi saya. Keyakinan itu berasaskan beberapa ucapan rasmi dan perbualan dengannya yang menyerlahkan dirinya sebagai nasionalis Islamik.
Keyakinan saya meleset. Encik Abdul Manaf membuat keputusan untuk membincangkan hal itu dalam pertemuan khas antara semua pensyarah dengan wakil pelajar. Pada mulanya saya menganggap beliau memperlekeh wibawa saya. Sesudah berfikir beberapa kali, saya menganggap pertemuan itu sebagai cara yang baik untuk menyerlahkan kebenaran. Saya diuji. Ujian ialah proses kematangan dan perlu dihadapi dengan ilmu pengetahuan.
Pada malam sebelum pertemuan itu, saya berbincang dengan Yang Dipertua Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI). Dia secara automatik menjadi anggota majlis mesyuarat eksekutif (exco) Persatuan Guru Pelatih (PGP). Dia sependirian dengan saya. Dia akan berusaha untuk mempengaruhi pemimpin PGP agar menyokong pendirian saya.
Dalam pertemuan keesokannya, saya terkejut apabila mendapati tujuh orang wakil PBC ikut serta. Wakil Persatuan Bahasa Melayu tidak diundang. Mujurlah jumlah wakil PGP melebihi jumlah wakil PBC. Wakil PGP termasuk Yang Dipertua PGPI. Hampir semua pensyarah hadir. Antara mereka termasuklah Tuan Haji Husain Puteh, Tuan Haji Mohd. Naim, Tuan Syed Mokhtar, Puan Nelly Diana Munang, Puan Perijoh Adam, Encik Nigel Tsen dan Encik Chin Shi Chin. Shamad dan Ustaz Mohd. Zain tidak hadir kerana mereka bertugas di luar.
Perbincangan itu bertumpu pada pembentangan hujah wakil PBC dan saya. Wakil PPAK PC membentangkan hujah bagi mengesahkan bahawa tulisan Cina boleh digunakan sebagai media laporan kegiatan tahunan persatuan dan kelas mereka dalam majalah tahunan maktab. Alasan utama mereka ialah kumpulan PPAK PC perlu mengamalkan penggunaan tulisan Cina sesuai dengan semangat sukatan pelajaran PC. Majalah tahunan maktab ialah media terbaik untuk mereka melaksanakan amalan itu.
Saya membentangkan hujah bagi mempertahankan pendirian. Saya menegaskan bahawa tulisan Cina hanya boleh digunakan untuk karya deskriptif dan kreatif. Tulisan itu tidak boleh digunakan untuk laporan tahunan kegiatan PBC dan kumpulan PPAK PC. Alasan utama saya ialah Inti Sari majalah rasmi maktab. Saya dan sidang pengarang dipertanggungjawabkan untuk menerbitkan majalah itu atas urusan rasmi. Hanya bahasa Melayu boleh digunakan untuk urusan rasmi. Hal itu berasaskan Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta Pendidikan.
Perdebatan hanya antara saya dengan beberapa orang pelajar PPAK PC. Encik Chin membisu. Hanya seorang dua pensyarah Melayu menyatakan sokongan terhadap keputusan saya. Dua tiga orang pensyarah Melayu lagi mengutarakan pandangan yang kabur, seolah-olah tidak mahu memihak kepada sesiapa. Sebagai pengerusi, Encik Abdul Manaf tidak menyerlahkan pendiriannya. Dia gagal merumuskan perbincangan. Seorang pensyarah mengusulkan agar diadakan undian sulit. Cadangan beliau mendapat sokongan majoriti. Saya tidak membantah.
Kertas undi diedarkan. Sesudah semua anggota pertemuan itu selesai memasukkan kertas undi ke dalam peti, pengiraan undi dilakukan secara terbuka. Saya melihat bekas pelajar kelas tulisan Jawi saya gelisah. Saya menyorokkan kegelisahan diri dan berserah pada takdir. Jauh di sudut hati, ada hasrat bahawa maktab itu akan saya tinggalkan jikalau saya kalah. Saya sudah biasa hidup susah. Kudrat saya kuat untuk menghadapi kesukaran hidup yang saya jangka tidak lama. Saya lupa akan hakikat bahawa baki perkhidmatan saya dengan Jabatan Pelajaran Sabah dan Kementerian Pelajaran Malaysia masih panjang. Saya lupa juga bahawa saya sedang bertunang dan tidak lama lagi akan menanggung anak orang. Saya menurutkan perasaan dan amarah.
Seorang pensyarah membuka kertas undi satu demi satu dan ditayangkan kepada hadirin. Seorang pensyarah lagi mencatat keputusan undian. Undian awal memihak kepada PBC. Saya gelisah. Kemudian undi memihak kepada saya. Pelajar-pelajar yang pernah mengikuti kelas tulisan Jawi pula gelisah. Kecuali kata-kata ringkas pensyarah yang membuka kertas undi, hadirin senyap. Suasana semakin mendebarkan apabila jumlah undi berkeadaan seri beberapa kali dan masih seri sebelum kertas undi terakhir dibuka. Apabila kertas undi terakhir itu dibuka dan ditayangkan kepada hadirin, undi itu untuk saya!
Saya menang dengan kelebihan satu undi. Kemenangan itu bukan sahaja untuk diri saya tetapi juga untuk perkhidmatan perguruan yang memerlukan pencinta bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Kegembiraan saya berbaur dengan rasa sedih kerana ada warganegara Malaysia sanggup mempertidak Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
Bersabung; (34) Mendirikan Masjid

Tiada ulasan:
Catat Ulasan