Jawiyati Ameera,
kini usiamu empat puluh hari
empat puluh hari pula ayah setia
mencurahkan kasih sayangnya
pada tubuh harummu
di atas pangkuan ibu.
Hati ibu kembang
mata ibu senang memandang
ayah mengusap-ucap sayang
malam-siang pagi dan petang.
Sekali-sekala iri hati berkata
birlah kasih ayah
pada ibu semata-mata.
Namun demi amanah
ibu pancung si cemburu itu
rela berkongsi kasih denganmu
sebab cinta kasih ayahanda
seperti kasih labah-labah
kepada telurnya.
Kini ibu mengerti
buah cinta tidak berkuantiti
diagih bahagi tidak berkurang
tetap subur semakin kembang.
Mohd Isa Abd Razak
Seremban
4 Julai 2009
Berita Harian, 11 Oktober 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan