Oleh Mohd Isa bin Abd Razak
Kiriman terkini:
http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/2009/07/kaedah-fonik-versi-nik-eliani-dan.html
.
(Nota lama [2007] ini ditujukan kepada bakal guru pemulihan khas. Nota ini dapat dimanfaatkan oleh guru pelatih, guru dan mereka yang prihatin dengan pendidikan peringkat awal.)
1. Satu tamadun bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu adalah dengan amalan membaca sebagai budaya hidup.
2. Kebolehan membaca menjadi ukuran kejayaan pelajar di sekolah. Semua sekolah mengamalkan pelbagai cara untuk mendorong pelajar membaca. Satu daripada program galakan membaca secara berterusan di sekolah ialah program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM). Di bawah program NILAM, pelajar yang banyak membaca diiktiraf dengan anugerah pingat gangsa, perak, emas dan nilam. Pelajar terbaik SPM 2004 yang memperoleh 17A1, Nur Amalina Che Bakri, yang digelar “ulat buku” dan “budak buku teks”, dimahkotakan sebagai tokoh NILAM Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2004.
3. Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kemahiran membaca paling diutamakan. Kemahiran membaca ditekankan sejak prasekolah bersama-sama kemahiran menulis dan mengira yang dikenali dengan 3M. Dalam program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) yang diperkenalkan pada 2006, kemahiran yang “dipulihkan” ialah kemahiran membaca dan menulis. Sebagai tenaga pengurus merangkap tenaga pengajar KIA2M, saya mendapati kemahiran membaca lebih diberatkan dalam program itu berbanding dengan kemahiran menulis.
4. Satu daripada masa untuk melaksanakan aktiviti NILAM yang dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran ialah waktu pengajaran Bahasa Melayu di kelas pemulihan!
5. Kajian Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) pada tahun 1997, iaitu empat tahun sebelum kurikulum KBSR disemak, mendapati 85,851 orang murid sekolah rendah di negara kita belum celik huruf. Daripada jumlah itu, 24,620 orang (atau 42.6% daripada 57,752 orang) ialah murid sekolah rendah di Sabah. Ini bermakna empat orang daripada 10 orang murid di sekolah anda mungkin termasuk dalam golongan tidak celik huruf. Daerah yang paling tinggi kadar tidak celik huruf di Sabah ialah Daerah Nabawan-Pensiangan. (Kemas kini) Tidak mustahil separuh daripada murid di sekolah kurang murid (SKM) di daerah Nabawan-Pensiangan tidak celik huruf! (Definisi Celik Huruf PPK: “Boleh membaca, menulis dan memahami satu ayat mudah.” Contohnya, “Ini bola”. Jangka masa penguasaan definisi di atas yang diputuskan oleh PPK adalah tiga bulan selepas berada di tahun satu.)
6. Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M terbitan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999 turut memperkukuh fakta di atas. Menurut buku itu, dapatan penyelidikan menunjukkan antara sepuluh hingga lima belas peratus dalam kalangan murid-murid sekolah masih menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dan gagal menguasai kemahiran asas 3M. Dengan perkataan lain, pada tahun 1998 10% hingga 15% murid itu berkemungkinan buta huruf.
7. Pada tahun 2002, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, kira-kira 24,000 pelajar tingkatan satu masih tidak boleh membaca dan gagal menguasai Matematik dengan baik. Dengan perkataan lain, kira-kira 24,000 pelajar sekolah menengah gagal menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) setelah diajar oleh guru sekolah rendah seperti anda selama enam tahun. Pada 4 Oktober 2002, Utusan Malaysia melaporkan, Menteri Pendidikan pada masa itu, Tan Sri Musa Mohamad percaya 24,000 pelajar tingkatan satu yang menghadapi masalah tidak mampu membaca dan menguasai Matematik adalah antara pelajar yang menghadapi masalah kesihatan termasuk disleksia.
8. Menurut Profesor Datuk Dr. Isahak Haron, sebagaimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 1 Mac 2005, statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran pada 2001 menunjukkan bahawa masih ada 33,533 orang murid Tahun 4 dan 19,515 orang pelajar menengah lemah membaca dalam bahasa Melayu. Berdasarkan statistik itu juga, pada 1 Oktober 2003, dilaporkan, hampir 520,000 pelajar daripada keseluruhan 5.1 juta pelajar di negara ini menghadapi disleksia. Walaupun wujud kontroversi mengenai disleksia dan sebabnya, biasanya hal itu membayangkan pelajar itu menghadapi masalah sukar atau tidak boleh membaca.
9. Menurut Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang diterbitkan pada tahun 2006, lebih 115,000 (7.7%) murid Tahap 1 sekolah rendah belum menguasai 3M pada tahun 2004. PIPP juga mencatatkan, pada tahun 2005, 4.4 peratus murid sekolah rendah dan 0.8 peratus pelajar sekolah menengah masih belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Peratusan ini termasuk juga pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran.
10. PIPP menegaskan, mulai tahun 2006, KPM memperkenalkan Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) bagi memastikan murid-murid Tahun 1 dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis selepas enam bulan mengikuti persekolahan. KPM berusaha memastikan kanak-kanak 5+ tahun terutama kanak-kanak yang tinggal di luar bandar dan pedalaman, kanak-kanak berkeperluan khas, anak Orang Asli dan suku minoriti di Sabah dan Sarawak mengikuti prasekolah sebagai persediaan untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah. KPM juga akan terus memperluas program pemulihan dengan menaik taraf 2,800 kelas pemulihan dan menyediakan guru pemulihan yang secukupnya, sejajar dengan keputusan kabinet tahun 2005 untuk memantapkan lagi program tersebut.
11. Pada 12 Mei 2007, Utusan Malaysia melaporkan bahawa Ketua Pengarah Pelajaran pada masa itu, Datuk Dr. Ahmad Sipon berkata, guru berdosa jika murid mereka tidak tahu membaca dan menulis. Ahmad Sipon berkata demikian dalam ucapannya pada konvokesyen ke-42 Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia.
12. GURU OH GURU (SN Dr. Usman Awang)
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
(Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta.)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu, dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajarkan tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil hidupnya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhirnya kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat menjadi kenangan ke akhir hayat.
13. Dalam kalangan guru, siapakah yang paling besar jasanya jikalau bukan guru sekolah rendah yang mengajarkan kemahiran membaca dan menulis? Dalam kalangan guru sekolah rendah yang mengajarkan kemahiran membaca dan menulis, siapakah yang lebih penting: guru Tahun Enam atau guru Tahun 1? Dalam kalangan guru yang mengajarkan kemahiran membaca untuk murid Tahun 1, siapakah yang lebih penting: guru kelas biasa atau guru pemulihan khas? Dalam kalangan guru pemulihan khas, guru manakah yang lebih penting: guru sekolah biasa atau guru sekolah kurang murid?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan