Oleh Mohd Isa bin Abd Razak
Ini respons saya terhadap tulisan Puan Ainon Mohd. Baca di sini.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Saya memang berpendirian perkataan kontot tidak sesuai digunakan dalam penulisan, terutama penulisan yang rasmi sifatnya seperti laporan dan kertas kerja. Saya sependapat dengan puan bahawa karya sastera akan turun tarafnya jikalau menggunakan perkataan kontot. Hari ini, hujah yang puan kemukakan berasaskan al-Quran itu, mengukuhkan pendirian sedia ada saya. Terima kasih, puan.
Walau bagaimanapun, pendirian saya itu adakalanya tidak selari dengan amalan. Misalnya, dalam minggu ini saya masih menggunakan perkataan kontot “salam” untuk “assalamualaikum” dalam tulisan saya. Saya tahu perbuatan itu kurang baik. Cuma saya belum dapat meninggalkan tabiat kurang baik itu.
Saya pernah terbaca seorang ustaz menegur penggunaan perkataan kontot oleh penulis e-mel seperti “a’kum” untuk “assalamualaikum”. Jikalau tidak silap, “a’kum” itu tidak ada makna atau maknanya tidak sama dengan “salam”. Jikalau tidak silap ingatan saya, kata ustaz itu, “salam” boleh digunakan tetapi kurang baik. Yang baik ialah “assalamualaikum”. Kependekan “wbt.” dikritiknya juga. Yang terbaik ialah “warahmatullahi wabarakatuh”.
Kecuali “tapi” dan “saja” contoh perkataan kontot yang puan berikan itu bukan kebiasaan saya menggunakannya. Suatu masa dahulu, jenuh saya menyunting tulisan pelajar dan rakan saya. Memang banyak perkataan kontot!
Saya ingin berkongsi satu perkara kontot lagi, iaitu nama kontot. Dahulu saya penah menulis-nulis sedikit. Saya suka menggunakan nama “Isa Razak”. Mulai tahun ini saya gunakan nama penuh Mohd Isa bin Abd Razak. Muhammad (pendeknya Mohd) dan Isa ialah nama Nabi. Abd (penuhnya Abdul) ialah hamba Allah dan Razak (ejaan Kamus Dewan Edisi Keempat al-Razzaq) ialah nama Allah, yang bermakna Yang Maha Memberi Rezeki, iaitu satu daripada 99 nama Allah. Kini saya faham keistimewaan nama saya. Saya berusaha menggunakan nama penuh yang istimewa itu. Namun, inilah kelemahan manusia, sekali-sekala ada juga saya gunakan nama yang agak kontot, iaitu Mohd Isa tanpa nama bapa.
Sekianlah sahaja. Wassalam.
Pedoman Bahasa: | Semua | MIAR | DBP | DB | PB | DS | KNB | JPEG || Kesantunan | Salam || Jawi || Pautan: | Scribd | Cikgu | Jawi | IPGMKgu | KBBI | Munsyi || Profil Penulis | Hak Cipta || Puisi: Sambung-menyambung | Hanya Sulap | Kebun Kecil Bahasa || Kembali ke Laman Terkini || Pautan Istimewa: | Soal Jawab Bahasa | Pendidik | Persatuan Pendidik BM |
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan