Perlu diingat bahawa penggunaan kata pemeri amat terbatas, dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat dalam bahasa Melayu. Perlu juga diingat bahawa kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Oleh demikian, penggunaan kata pemeri adalah dalam ayat-ayat berikut dianggap menyalahi tatabahasa bahasa Melayu.
153. *Adalah diberitahu sekolah akan ditutup esok.
154. *Adalah dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong akan dimulakan pada bulan hadapan.
155. *Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Isnin.
156. *Kegagalan projek itu adalah disebabkan oleh kecualian pihak pengurusan syarikat.
Ayat yang di atas seharusnya berbentuk seperti yang berikut:
153 (a) Dengan ini diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok. (Frasa dengan ini dapat digantikan dengan “anda”, “ibu bapa”, “tuan-tuan” atau “dengan hormatnya”.)
154 (a) Dengan ini dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong akan dimulakan pada bulan hadapan. (Frasa dengan ini dapat digantikan dengan “tuan” atau “anda”.)
155 (a) Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Isnin.
156 (a) Kegagalan projek itu disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu. (Kata pemeri adalah di hadapan kata kerja disebabkan sudah digugurkan.)
Petikan daripada Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), halaman 264 – 265 dengan sedikit penyesuaian.
Nota
Tanda * menunjukkan ayat itu tidak gramatis.
Pedoman Bahasa: | Semua | MIAR | DBP | DB | PB | DS | KNB | JPEG || Kesantunan | Salam || Jawi || Pautan: | Scribd | Cikgu | Jawi | IPGMKgu | KBBI | Munsyi || Profil Penulis | Hak Cipta || Puisi: Sambung-menyambung | Hanya Sulap | Kebun Kecil Bahasa || Kembali ke Laman Terkini || Pautan Istimewa: | Soal Jawab Bahasa | Pendidik | Persatuan Pendidik BM |
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Syabas, cikgu berjaya membongkar kelemahan pengguna bahasa!
Terima kasih kerana tuan sudi berinteraksi di sini.
Kesilapan memang sukar dielakkan. Apabila kita mengutarakan sesuatu kesilapan, kita berkata kepada diri sendiri agar meminimumkan kesilapan penggunaan bahasa, khususnya dalam penulisan. Mudah-mudahan kita dapat menjadi contoh yang baik.
Mustahil kita mengetahui semua perkara. Oleh sebab itu, marilah sama-sama kita berkongsi pengalaman dan pengetahuan.
Terima kasih, Cikgu Tan.
Catat Ulasan