17 Februari 2009

DBP Tidak Boleh Lepas Tangan


Catatan ini ialah respons saya terhadap satu masukan di blog Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan. Baca di sini.

“DBP hendaklah menjadi penggerak utama dalam meningkatkan kepustakaan ilmu dalam bahasa Melayu. Inilah yang seharusnya dijadikan tafsiran utama kepada usaha memperkasakan bahasa Melayu.”

1. Setuju.

2. Sebagai penggerak utama, elok DBP terajui penyelarasan/penataran untuk penerbit besar dan kecil.

3. Sebagai penggerak utama, sekadar contoh, penerbitan buku yang membicarakan “olih atau oleh” wajar diusahakan oleh penerbit lain.

“Dan sudah sampailah masanya, selepas lima puluh tahun, aktiviti seperti membetulkan istilah, tatabahasa dan ejaan itu dilakukan oleh guru di sekolah.”

1. Hal ini boleh dilakukan sedikit demi sedikit dan dengan syarat tertentu. Antaranya

(a) DBP jangan pula lepas tangan sebab tugas ini termaktub dalam Akta DBP.

(b) Perubahan berlaku dengan pantas. Ada orang di dalam bangunan tinggi DBP pun tidak dapat mengikuti perubahan yang dilakukan oleh pasukannya di bahagian yang lain. Jadi DBP perlu lebih kerap melakukan penataran terbuka di media, kepada munsyi dan para guru. Cabaran ini mesti diteruskan agar “mazhab” istilah, tatabahasa dan ejaan dapat dikurangkan.

(c) Pihak DBP perlu merenungi suara ghaib “Ibu Munsyi 1” dan “Ibu Munsyi 2” untuk menggerakkan cita-cita “sebuah sekolah, seorang munsyi”, membina munsyi yang berwibawa dan mempromosi munsyi.

2. Artis terlebih promosi. Munsyi?

Tiada ulasan: