17 Februari 2009

Sepuluh Perkataan/Ungkapan Berlabel "bp"

Dalam pendahuluan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), ada tercatat perenggan yang berikut:

“Pemasukan kata yang berbentuk slanga dan bahasa percakapan yang lain ke dalam Kamus Dewan memanglah sesuai dengan ciri kamus ini sebagai sebuah kamus umum. Walau bagaimanapun, seperti edisinya yang terdahulu, kata yang sedemikian diberikan label bp sebagai pemakluman kepada pengguna supaya menggunakan kata yang berkenaan sesuai dengan konteksnya. Maknanya, kata yang berlabel bp tidak sesuai digunakan dalam situasi rasmi, tetapi tidak salah digunakan di luar konteks rasmi, seperti di kedai kopi, di rumah, atau semasa bersembang-sembang dengan rakan sebaya.” (halaman xv)

Di bawah ini terdapat sepuluh perkataan atau ungkapan yang diberi label bp oleh Kamus Dewan. Perkataan atau ungkapan yang berkenaan dihitamtebalkan dalam ayat contoh yang di bawah. Perkataan atau ungkapan gantinya diberikan dalam kurungan selepas ayat contoh itu.

1. Dia pukul gambar dengan saya. (bergambar)
2. Fasha sedang melepas. (buang air besar)
3. Haram, Zamri memang tidak menyedari perkara itu. (Sungguh-sungguh)
4. Kedai itu sudah memulakan jualan dengan harga gila. (harga yang terlalu murah/mahal)
5. Kami mengucapkan selamat jalan kepada rombongan itu. (selamat berangkat, selamat pergi)
6. Kita orang akan pergi ke Tawau minggu hadapan. (Kami)
7. Dia pemarah tapi hatinya baik. (tetapi)
8. Tuan tidak membagi saya balik ke kampung. (mengizinkan)
9. Apabila makan dekat restoran, dia menggunakan sudu dan garpu. (di)
10. Jangan hendak tunjuk taiming dan keras kepala. (sombong)

Tiada ulasan: