07 Februari 2009

Malapetaka kepada Bahasa Melayu

....
Mampukah bahasa Melayu bertahan sebagai tunjang kebudayaan dan tamadun apabila secara jelas peranannya kian dihakis dan dipinggirkan dalam bidang-bidang kehidupan bertamadun di negara ini?

Adakah sanggup kita membayangkan bahawa pada suatu waktu kelak anak cucu bangsa Melayu terpaksa menangisi hikmah yang hilang – hikmah dalam bentuk bahasa, sastera dan budayanya, sebagaimana yang dialami oleh diaspora Melayu di Thailand selatan, di Filipina selatan, di Sri Lanka, di Kampuchea dan di tempat lain?

Kita yang membayangkan rasa cemas sedemikian pasti dicap pesimistik, tetapi apatah ruginya kita berhemah dan berhubaya-hubaya agar tidak tertimpa kepada kita nasib “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.”

Untuk membaca artikel penuh, klik di sini.

Pedoman Bahasa (JPEG) 022. Minda Tokoh/Pejuang/Ahli/Pencinta Bahasa Melayu.

Tiada ulasan: