Fakta yang Tidak Diketahui?
Dalam masa empat dasawarsa sahaja, Malaysia mampu melahirkan sarjana bertaraf dunia dalam pelbagai bidang SAKTI*. Sekali gus perkembangan dan kemajuan yang berlaku pada bahasa Melayu adalah pada tahap fenomenal.
Dalam masa empat dasawarsa sahaja, Malaysia mampu melahirkan sarjana bertaraf dunia dalam pelbagai bidang SAKTI*. Sekali gus perkembangan dan kemajuan yang berlaku pada bahasa Melayu adalah pada tahap fenomenal.
Hanya mereka yang terbenam ria dalam budaya berbahasa lain sahaja yang tidak sedar atau tidak mahu mengakui hakikat ini.
Malangnya itulah yang nampaknya sedang berlaku dalam kalangan para pemimpin Melayu yang berkuasa sekarang yang mewarisi pemupukan dan pemagaran bahasa Melayu tetapi nampaknya sedang memakannya pula sehingga SITC, simbol pencapaian pendidikan Melayu pertama pada abad ke-20, telah menjadi mangsanya, dan dijangka tidak lama lagi UKM, simbol
mercu pendidikan Melayu, turut musnah dengan tangisan tidak berlagu lagi.
Pencapaian Prasiswazah
UKM ditubuhkan pada 1970 bagi memajukan ilmu dalam bahasa Melayu dalam kebanyakan bidang ilmu dan sekali gus menjadi penyatu bangsa dan penyinambungan asas penubuhan SITC 1922 dan Kolej Islam Kelang 1955, dua institusi tertinggi yang menjadi kebanggaan Melayu sebelum merdeka! (Lihat Sejarah UKM oleh Mohd Ali 1981).
UTM pula menjadi pelopor pendidikan kejuruteraan dan teknologi dalam bahasa Melayu sejak 1978. Universiti-universiti awam yang lain turut berada dalam aliran ini sejak 1983
Untuk membaca artikel penuh, klik di sini. *SAKTI = sains, kejuruteraan dan teknologi
Pedoman Bahasa (JPEG) 021. Minda Tokoh/Pejuang/Ahli/Pencinta Bahasa Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan