20 Februari 2009

Mewara-warakan

Pedoman Bahasa (JPEG) 033. Ejaan "Mewara-warakan".

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

uar-uar pula bermaksud pengumuman yang dibuat dengan meneriakkannya kuat-kuat.

Mohon untuk pautkan blog tuan dengan blog saya dan juga mohon untuk berkongsi bahan-bahan dari blog tuan.

Terima kasih.

Mohd Isa Abd Razak berkata...

Salam.

Terima kasih kerana menambah maklumat.

Benar, uar-uar bermaksud “pengumuman yang dibuat dengan meneriakkannya kuat-kuat”. Inilah takrif yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) halaman 1751. Kamus itu juga memasukkan kata terbitan “menguar-uar”, “menguar-uarkan” dan “penguaran”. Berapakah terbitan lain dapat dicipta. Antara termasuklah “menguar-uarkannya”, “diuar-uarkan” dan “diuar-uarkannya”.

Makna “uar-uar” nampaknya terbatas. Ayat “Dia menguar-uarkan acara itu di dewan makan” kita terima. Ayat “Dia menguar-uarkan acara itu di media cetak” rasanya tidak tepat.

Persoalannya, Kamus Dewan tidak menyertakan kata terbitan untuk “wara-wara”. Namun, kata terbitan seperti “mewara-warakan” kerap digunakan. Mungkinkah ada perselisihan pandangan tentang hal ini?

Yang jelas, perkataan “mewar-warkan" tidak wujud.

****

Pautan blog tuan sudah terdapat di blog ini.

Tuan boleh menyiarkan semula atau menyebarkan tulisan di blog ini seperti yang tercatat pada bahagian kaki blog ini. Silakan.

Insya-Allah, saya akan mengikuti masukan blog tuan dan memanfaatkan masukan itu agar kita sama-sama dapat menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang baik.

Wassalam.

Mohd Isa Abd Razak berkata...

Ralat

Antara termasuklah --> Antaranya termasuklah

mantan berkata...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ketika berlangsung majlis rasmi, ada kecenderungan orang menggunakan 'cenderahati' buat mengganti 'cenderamata'. Apa pendapat Tuan?

Mohd Isa Abd Razak berkata...

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

Saya menghormati sesiapa yang memilih untuk menggunakan perkataan “cenderahati” dalam majlis rasmi.

Wassalam dan terima kasih

Arkib PPSMI berkata...

Salam.

Pengacara lebih kerap menggunakan perkataan "cenderamata" kerana perkataan ini sudah biasa dengan pendengaran hadirin. Namun, perkataan "cenderahati" indah bunyinya dan mendalam maknanya. Terima kasih kepada SN A Samad Said yang kini turut sama menentang PPSMI.

Terima kasih.

Mohd Isa Abd Razak berkata...

Salam kembali.

Setuju.

Terima kasih.