21 Februari 2009

Penulisan Huruf dalam Tajuk Berita

Antara tajuk berita media dalam talian hari ini, 21 Februari 2009, termasuklah yang di bawah.

1. Tindakan Speaker Perak Menafikan Mandat Rakyat, Kata Shafie (Bernama)
2. Penduduk Bukit Antarabangsa hargai usaha kerajaan (Berita Harian)
3. Nizar kosongkan kediaman rasmi MB esok (mStar)
4. Nizar pindah dari kediaman rasmi MB esok (Utusan Malaysia)
5. Ada bukti kes dakwaan salah guna kuasa kereta Lexus, lembu (Kosmo!)
6. Gangguan bekalan air sekitar KL, Damansara (myMertro)
7. Sultan akan tentukan tarikh sidang DUN Perak (Malaysiakini)
8. PM mahu Zambry buat laporan (Sinar Harian)
9. Bangkai Paus Berhasil Dikubur (Kompas)
10. Tiada bayaran visa untuk kerja umrah (Media Permata)

Tajuk mana yang mematuhi peraturan penulisan huruf sebagaimana yang terdapat dalam buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu?

Lampiran:
Antara peraturan penggunaan huruf besar yang tercatat dalam buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu termasuklah yang di bawah.

11. Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama semua perkataan dalam nama buku, majalah, surat khabar, dan judul karangan kecuali kata partikel, seperti di, ke, dari, untuk dan yang, yang tidak terletak pada kedudukan awal.

2 ulasan:

aranam berkata...

Salam Cikgu,
Nampaknya saya perlu menyemak kembali entri di Menelusuri Ilham. Terima kasih, Cikgu.

Mohd Isa Abd Razak berkata...

Waalaikumussalam.

Insya-Allah, usahakan. Kita boleh menyunting masukan dalam blog kita seberapa kerap yang kita suka.

Saya sentiasa membaca masukan di blog tuan.

Wassalam.