Data ini dikemas kini dari semasa ke semasa. Kemas kini terakhir: 11 Ogos 2009.
Soalan: Seorang rakan memberitahu saya bahawa frasa “hal ini demikian kerana” tidak gramatis. Mohon sedikit ulasan daripada pihak DBP. Jawapan KNB: "Hal ini demikian kerana" merupakan satu frasa yang gramatis. Terima kasih. 2 Februari 2009.
- Hal ini demikian kerana berkembangnya sistem pemasaran ke alam siber menjadikan blog mempunyai nilai yang tinggi bagi sesiapa yang ingin mengiklankan produk masing-masing melalui provider adsense dalam dunia pengiklanan Internet, seperti Geoogle Adsense, ADster dan Banner Box. Muhamad Irfan, “Ledakan Blog: Di Manakah Remaja?”, Dewan Siswa, Julai 2008, halaman 14.
- Hal ini demikian kerana jika latah merupakan sejenis penyakit, setiap penyakit tentulah ada penawarnya. Ritah Yahaya, “Kuasa Magis Bahasa”, Dewan Bahasa, September 2008, halaman 5.
- Hal ini demikian kerana apabila sudah berjumpa, tabiat melatah saya semakin menjadi-jadi. Nurhamizah Hashim, “Bual Bahasa: Orang Melatah Bersikap Jujur – Noorkhiriah”, Dewan Bahasa, September 2008, halaman 64.
- Hal ini demikian kerana tidak ada lagi penutur yang menggunakan bahasa tersebut sekarang, kecuali dirujuk dalam penyelidikan bahasa. S. Nathesan, “Pusara Bahasa”, Pelita Bahasa, Februari 2009, halaman 13.
- Hal ini demikian kerana pelajar tersebut mewakili majoriti pemikiran pelajar di Malaysia, yang rata-ratanya tidak mengambil berat tentang pemelajaran Bahasa Melayu. Emmy Hermina Nathasia, “Tak Malukah Bahasa Melayu Tak Bagus?”, Pelita Bahasa, Jun 2008, halaman 4.
- Hal ini demikian karena manusia dilahirkan bersama sifat superegonya yang terlalu kuat. Hasan Baseri Budiman, “Ekolalia dan Koprolalia dalam Latah”, Dewan Bahasa, September 2008, halaman 8.
- Hal ini demikian kerana dari segi sintaksis, untuk dapat berfungsi sebagai kata sendi dan kata hubung. Ahmad Khair Mohd. Nor, “Fungsi ‘Untuk’ dalam Binaan Ayat”, Pelita Bahasa, Disember 2008, halaman 18.
- Sepintas lalu, tampak hal itu tugas yang berat, tetapi jika dilakukan melalui perancangan yang rapi, nescaya usaha tersebut akan berhasil dengan baik. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang banyak di seluruh dunia. Zaitul Azma Zainon Hamzah, “Bahasa Melayu Bahasa Ilmu”, Pelita Bahasa, Januari 2009, halaman 12.
- Hal ini demikian kerana kerjaya ini bukan sahaja menjamin pendapatan yang lumayan, malahan menjanjikan pelbagai cabaran. Siti Hanim Yunus, “Mengenali Kerjaya Jurutera”, Dewan Pelajar, Januari 2009.
- Hal ini demikian kerana perkara tersebut bukan sesuatu yang menghairankan oleh sebab amalan kahwin campur yang makin berleluasa ekoran daripada peningkatan dalam taraf pendidikan dan pemodenan yang diterima. Jeniri Amir, “Kembang Nan Layu”, Pelita Bahasa, Februari 2009, halaman 10.
- Penggunaan kata kerja transitif memperolehi adalah lewah. Hal ini demikian kerana menurut Kamus Dewan, kata kerja transitif memperoleh bermaksud “mendapat, menerima (mencapai, menemui, dan sebagainya) dengan ikhtiar atau usaha”. Waris Pendeta, “Gunakan Bahasa Melayu dengan Betul”, Pelita Bahasa, Februari 2009, halaman 16.
- Pelita Bahasa juga dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar untuk menambahkan pengetahuan mereka tentang komponen sastera. Hal ini demikian kerana Pelita Bahasa turut mengetengahkan makalah yang berkaitan dengan komponen sastera dalam Bahasa Melayu. Nawi Ismail, “Penolong Guru Bahasa Melayu”, Pelita Bahasa, Mac 2009, halaman 10.
- Majalah itu diterbitkan untuk membantu masyarakat menggunakan bahasa Melayu dengan betul, termasuk tatabahasa dan ejaan. Hal ini demikian kerana apabila ada pihak yang menegur kesalahan yang dilakukan oleh pengguna bahasa, yang ditegur sering memberikan alasan bahawa mereka bukannya tidak mahu menggunakan bahasa dengan betul. Armin A. Saleh dan Mohidin Malek, “Cahaya Menerangi Kesamaran Bahasa”, Pelita Bahasa, Mac 2009, halaman 13.
- “Saya agak risau kalau saya tidak mendapat keputusan yang baik dalam Bahasa Melayu Penilaian Menengah Rendah. Hal ini demikian kerana saya lemah dalam mengarang,” kata jurutera syarikat pembinaan tempatan, Hisham Abdul Ghafur. Armin A. Saleh dan Mohidin Malek, “Cahaya Menerangi Kesamaran Bahasa”, Pelita Bahasa, Mac 2009, halaman 15.
- Bagi kata cerpen, pawagam, kugiran dan tabika, pandangan yang mengatakan bahawa akronim tersebut terbentuk daripada suku kata awal sejumlah perkataan adalah kurang tepat. Hal ini demikian kerana adakalanya bahagian yang dicantum hanyalah huruf awal kata kedua “ri” dalam kata “cerita”, “ku” merupakan dua huruf awal suku kata pertama “kum” dalam kata “kumpulan” dan “bi” ialah dua huruf awal suku kata pertama “bim” dalam kata “bimbingan”. Kho Tong Eng, “Akronim dan Keperihalannya”, Pelita Bahasa, Mac 2009, halaman 17.
- Akronim dan singkatan merupakan bentuk yang diwujudkan oleh masyarakat untuk memendekkan sesuatu rangkai kata atau nama khas yang panjang. Hal ini demikian kerana bentuk yang pendek lebih mudah diingat atau disebabkan pengguna ingin menggunakan bahasa secara ekonomi. Kho Tong Eng, “Akronim dan Keperihalannya”, Pelita Bahasa, Mac 2009, halaman 18.
- Walaupun pada peringkat kewujudannya unsur FN mengerjakan haji, berbuat baik dan makan suap terdiri daripada KK (mengerjakan, berbuat dan makan), unsur inti sebenarnya ialah KN. Hal ini demikian kerana unsur inti hanyalah pengganti unsur inti asal yang digugurkan. Mohd. Rasid Darham, “Perihal Goreng Pisang dan Cucur Kodok”, Pelita Bahasa, Mac 2009, halaman 23.
- Walaupun pada peringkat kewujudannya unsur inti FN suka duka, rindu dendam dan kasih sayang terdiri daripada KA (suka, rindu dan kasih), unsur inti sebenarnya ialah KN. Hal ini demikian kerana unsur inti hanyalah pengganti unsur inti asal yang digugurkan. Mohd. Rasid Darham, “Perihal Goreng Pisang dan Cucur Kodok”, Pelita Bahasa, Mac 2009, halaman 24.
- Saya hampir tidak dapat berlakon dalam filem Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Hal ini demikian kerana ada sesetengah pihak yang beranggapan bahawa saya tidak pandai dan fasih berbahasa Melayu. Ritah Yahya, “Bahasa Studio Jalan Ampas”, Pelita Bahasa, Mac 2009, halaman 29.
- Pengetahuan tentang menghasilkan ayat yang gramatis berdasarkan rumus tatabahasa sudah pasti belum cukup. Hal ini demikian kerana pelajar tidak hanya menghasilkan satu ayat atau ayat-ayat yang terpisah maknanya dalam karangan mereka. Zamri Salleh, “Sarana Kohesi dalam Pengajaran Karangan”, Pelita Bahasa, Mac 2009, halaman 30.
- Generasi baharu bukan lagi berminat untuk belajar dan mencuba untuk menggunakan peribahasa. Hal ini demikian kerana ada empat faktor yang menyebabkan mereka tidak berminat untuk menggunakan peribahasa. Luie Elis, “Fungsi Perumpamaan dalam Pertuturan”, Pelita Bahasa, Mac 2009, halaman 38.
- Apabila melangkah keluar dari alam persekolahan dan terlibat dalam dunia pekerjaan, pelajar akan sentiasa memastikan kecemerlangan organisasi pada tahap maksimum. Hal ini demikian kerana ukuran kejayaan sesebuah tamadun dapat dilihat dalam konteks tahap kecemerlangan organisasi yang ada dalam negara tersebut. Abd. Ghani Abu, “Patriotisme Relevan Sepanjang Masa”, Dewan Siswa, Mac 2009, halaman 15.
- (a) Hal ini demikian kerana “bapa borek anak rintik”. (b) Hal ini demikian kerana rakan sebaya yang baik dapat memperkenalkan buku yang berunsur moral. Lim Nikkie (SMJK Chong Hwa, Kuala Lumpur), “Membaca Memerdekakan Minda”, Dewan Siswa, Mac 2009, halaman 11.
- (a) Hal ini demikian kerana dikatakan rumah yang awal telah dibina oleh masyarakat Bugis yang berhijrah dari pantai barat. (b) Hal ini demikian kerana sesuatu rekaan dan bentuk rumah tradisional mempunyai maksud dan falsafah yang tersendiri. Zaharudin Abu, “Rumah Kita Warisan Kita”, Dewan Pelajar, April 2009, halaman 7.
- (a) Hal ini demikian kerana terdapat banyak pelajar yang tidak mampu menggunakan kata dengan tepat. (b) Hal ini demikian kerana semua pelajar akan bersedia sebelum memulakan pembelajaran Bahasa Melayu. Izani Daud, “Sifir Bahasa”, Pelita Bahasa, April 2009, halaman 38 – 39.
- Hal ini demikian kerana bidang ini merupakan kombinasi unik yang melibatkan kemahiran analisis dan perniagaan. Abdul Ghani Abu, “Aktuari”, Dewan Pelajar, April 2009, halaman 13.
- Hal ini demikian kerana aplikasi multimedia boleh diakses di mana sahaja sama ada secara terus dengan penonton ataupun menerusi sesawang web. Sharkawi Che Din, “Multimedia”, Dewan Pelajar, April 2009, halaman 19.
- Hal ini demikian kerana beliau percaya bahawa didikan yang bermula di peringkat sekolah rendah dapat menjamin kewujudan keharmonian negara pada masa hadapan. Abdul Ghani Abu, “Sekolahku: SK Banda Teknologi Kajang”, Dewan Pelajar, April 2009, halaman 50.
- (a) Hal ini demikian kerana sosiolinguistik merupakan satu bidang yang paksi ilmunya ialah bahasa yang perlu memerikan keutamaan kepada konteks yang ada dalam masyarakatnya atau yang diiktiraf oleh penutur masyarakat bahasanya, iaitu bahasa Melayu. (b) Hal ini demikian kerana bahasa dan budaya mempunyai stigma yang amat kuat kepada bangsa yang menaunginya. Nuwairi Haji Khaza‘ai, “Bahasa Suara Budaya: Satu Telusuran Sosiolinguistik”, Dewan Bahasa, Mei 2009, halaman 10.
- Hal ini demikian kerana sehingga kini orang sering salah faham tentang budaya Arab yang kadangkala dianggap sinonim dengan agama Islam, atau Islam sinonim dengan budaya Arab. Tengku Intan Marlina Tengku Mohd. Ali, “Yang manakah Satu? Kerana Budaya, Terpaut Bahasa?, Kerana Bahasa Terpaut Budaya?”, Dewan Bahasa, Mei 2009, halaman 15.
- Hal ini demikian kerana sejumlah besar penonton GRL terdiri daripada masyarakat Melayu yang rata-ratanya berbahasa Melayu. Mohd. Pauzi Mahmud, “Jangan Rosakkan Bahasa!”, Dewan Bahasa, Mei 2009, halaman 18.
- Hal ini demikian kerana BM memiliki kosa kata dan larasnya tersendiri dalam hubungannya dengan struktur dan sikap masyarakat yang disebut sebagai sosiolinguistik. Azzie AR, “Bahasa Jiwa Bangsa”, Dewan Bahasa, Mei 2009, halaman 27.
- Hal ini demikian kerana di sebalik nama itu ada sejarahnya dan etimologinya. S. Nathesan, “Asal Usul Nama Alor Setar”, Dewan Bahasa, Mei 2009, halaman 29.
- Hal ini demikian kerana Amerika Syarikat dicorakkan oleh kaum pendatang dari Eropah, Afrika dan Asia. Phaosan Jehwae, “Bahasa Melayu sebagai Wahana Kedamaian di Selatan Thai”, Dewan Bahasa, Mei 2009, halaman 24.
- Hal ini demikian kerana perbezaan sosiolinguistik antara bahasa sumber dengan bahasa sasaran yang agak ketara. Goh Sang Seong, “Mengatasi Fokus Budaya melalui Fahaman Budaya”, Dewan Bahasa, Mei 2009, halaman 52.
- Hal ini demikian kerana kini dialek Patani menerima banyak pengaruh daripada bahasa Thai. Ritah Yahaya dan Nurhamizah Hashim, “Bual Bahasa”, Dewan Bahasa, Mei 2009, halaman 64.
- (a) Hal ini demikian kerana suara manusia itu sendiri sebenarnya ialah muzik vokal tanpa melibatkan alat muzik. (b) Hal ini demikian kerana muzik memfokuskan minda seseorang pelajar itu terhadap bunyi-bunyian dalam kegiatan yang bercorak interaktif di dalam kelas. (halaman 8) Ritah Yahaya, “Muzik, Bahasa dan Manusia”, Dewan Bahasa, Jun 2009, halaman 6 – 8 ).
- Hal ini demikian kerana kebanyakan lirik lagu dalam kebanyakan lagu di negara ini dihasilkan secara “sesedap rasa”. Ab. Razak Ab. Karim, “Strategi Mengajar Bahasa melalui Lirik Lagu”, Dewan Bahasa, Jun 2009, halaman 10.
- Hal ini demikian kerana subjek ayat ini telah digugurkan dan kata ganti nama diri sepatutnya wujud sebagai subjek. Jyh Ee Sew, “Sintaksis Bahasa Melayu, Satu Tinjauan”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 38.
- (1) Hal ini demikian kerana istilah ini digunakan kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan motosikal kapcai atau skuter. (2) Hal ini demikian kerana semasa memandu motosikal anak-anak muda ini akan berhimpit-himpit untuk mara ke hadapan supaya menang dalam perlumbaan. (3) Hal ini demikian kerana ketekalan sesuatu slanga seperti istilah Mat Rempit banyak bergantung pada penggunanya. S. Nathesan, “Mat Rempit”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 41.
- (1) Hal ini demikian kerana bahasa yang dikuasai oleh kanak-kanak sebenarnya telah melalui pelbagai sistem yang amat kompleks walaupun hal tersebut seakan-akan dapat dilakukan oleh kanak-kanak dengan mudah. (2) Hal ini demikian kerana kanak-kanak cenderung terpengaruh dan meniru apa-apa yang didengar daripada golongan dewasa. (3) Hal ini demikian kerana bagi mereka makna, idea, dan fikiran pada prinsipnya tidak dapat diperhatikan. (4) Hal ini demikian kerana unsur-unsur tersebut tidak dapat diukur dan diterangkan. Azizul Ismail, “Kanak-kanak dan Pemerolehan Bahasa”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 42 – 44.
- Hal ini demikian kerana bahasa figuratif mampu menghasilkan kesan imaginatif, dengan menghasilkan imej tambahan, menambahkan kesan perasaan, dan cara memusatkan makna yang hendak disampaikan. Jeniri Amir, “Wibawa Ucapan”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 48.
- Hal ini demikian kerana ciri utama bagi nama perniagaan Cina ialah unsur tuah, untung. Goh Sang Seong, “Mesej Sosiobudaya dalam Terjemahan Nama Perniagaan Cina”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 56.
- Hal ini demikian kerana dalam dialek terangkum sejarah sosial, budaya dan sistem nilai sesebuah masyarakat yang perlu diangkat. Ritah Yahaya dan Nurhamizah Haji Hashim, “Dalam Dialek Terangkum Sejarah Sosial, Budaya dan Sistem Nilai Masyarakat”, Dewan Bahasa, Julai 2009, halaman 62 – 63.
- Hal ini demikian kerana rantau ASEAN dan dunia Islam ketandusan pemimpin yang dikagumi kredibilitinya oleh seluruh dunia. Sivamurugan Pandian, “100 Hari Najib Mentadbir”, Dewan Masyarakat, Ogos 2009, halaman 21.
- Hal ini demikian kerana golongan muda sentiasa ternanti-nanti perubahan dan pembaharuan dalam PRM. Shahrulnizam Azuddin, “Wajah Baharu Rakan Muda”, Dewan Masyarakat, Ogos 2009, halaman 23.
- Hal ini demikian kerana mesej yang disampaikan oleh pelukis stensil begitu sinis dan lukisannya kurang nilai estetika berbanding dengan seni grafiti. Muhsin Ramli, Ahmad Muzzamil dan Suria Janib, “Grafiti, Karya Seni atau Vandalisme”, Dewan Masyarakat, Ogos 2009, halaman 38.
- Hal ini demikian kerana AS dilihat mampu menjamin keselamatan kawasan terbabit melalui kuasa ketenteraannya. Hasil Zalkapli, “Bahang ‘Politik’ di Artik”, Dewan Masyarakat, Ogos 2009, halaman 43.
- Hal ini demikian kerana beliau sendiri sudah menjangkakan bahawa Real Madrid pasti mengaut keuntungan sekitar £50 juta (RM285 juta) sejurus Ronaldo dan Kaka menyertai kelab gergasi Sepanyol itu hasil daripada penjualan hal siaran televisyen dan juga barangan cenderamata. Wan Fakhrul Wan Bakar, “Kuala Wang di Liga Eropah”, Dewan Masyarakat, Ogos 2009, halaman 63.
- Hal ini demikian kerana pemahaman yang mendalam tentang aktiviti penterjemahan di sesebuah negara dapat memberikan gambaran yang jelas tentang perkembangan bidang penterjemahan di negara tersebut. Haslina Haroon, “Nasihat Za‘ba dalam Menterjemah”, Dewan Bahasa, Ogos 2009, halaman 8.
- (1) Hal ini demikian kerana individu yang mengambil jurusan Pengajian Melayu di universiti di China tidak akan berdepan dengan masalah pekerjaan. (2) Hal ini demikian kerana berdasarkan sejarah perkembangan bahasa Melayu di China, bahasa Melayu dilihat sebagai satu bahasa yang dekat dengan hati budi, jiwa sahabat berbangsa Melayu dan bangsa lain di Malaysia, dan bahasa yang berupaya menjalin persefahaman antara tamadun Melayu *dan China. Hasrina Baharum, “Bahasa Negeri Melaka di China”, Dewan Bahasa, Ogos 2009, halaman 18.
- Hal ini demikian kerana bahasa kebangsaan bukanlah untuk kaum Melayu sahaja, tetapi juga untuk kaum Cina, India, Iban, Kadazan, dan kaum lain di Malaysia. Norshahawati Hanafi, “Membangun Semangat Satu Bahasa, Satu Malaysia”, Dewan Bahasa, Ogos 2009, halaman 20.
- Hal ini demikian kerana dalam al-Quran, terdapat ayat yang menceritakan taraf yang diberikan kepada bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran, dan terdapat ayat yang menjelaskan pembentukan kosa kata dan istilah yang jelas dari segi sebutan dan makna, umpamanya dalam dua *buah ayat seperti yang berikut. Munir Zarirruddin Fikri Nordin, “Al-Quran dan Perancangan Bahasa”, Dewan Bahasa, Ogos 2009, halaman 23.
- Dewan Bahasa, Ogos 2009, halaman 29, 32, 34, 39, 42, 44, 53, 63, 65, 65, 65. Jumlah Ogos: 16
Hal Itu Dikatakan Demikian kerana dll.
- Hal tersebut demikian kerana …. Pelita Bahasa, Mei 2009, halaman 35.
- (a) Hal itu dikatakan demikian kerana sejak zaman dahulu lagi …. (b) Hal itu dikatakan demikian kerana perkembangan …. (c) Hal itu dikatakan demikian kerana guru tetap memainkan peranan …. (d) Hal itu dikatakan demikian kerana bukan mudah bagi guru …. Zaitul Azma Zainon Hamzah, “Guru Mutiara Negara”, Pelita Bahasa, Mei 2009, halaman 10 – 11.
- (a) Hal itu dikatakan demikian kerana peranan dan penggunaan pusat sumber banyak bergantung pada bentuk pengajaran yang diambil. (b) Hal itu dikatakan demikian untuk menambah baik sumber dan pusat sumber yang sedia ada. Siti Nur Hidayah Abdullah, “Peranan Pusat Sumber dalam Pengajaran Bahasa”, Pelita Bahasa, Mei 2009, halaman 34 – 35.
- (a) Hal itu dikatakan demikian kerana ketiga-tiga kata itu tidak mendukung semua komponen makna yang sama. (b) Hal itu dikatakan demikian kerana cili merupakan kata kemasukan yang baharu dalam kosa kata bahasa Melayu. S. Nathesan, “Pedasnya!”, Pelita Bahasa, Mei 2009, halaman 38 – 39.
- (a) Hal itu dikatakan demikian kerana setelah negara merdeka hampir 52 tahun, masih ada warga yang tidak mampu berbahasa kebangsaan. (b) Hal ini dikatakan demikian kerana generasi muda kini amat tertarik kepada sesuatu yang berasaskan komputer. Armin Azhari Saleh, “Bahasa dan Satu Malaysia”, Pelita Bahasa, Jun 2009, halaman 3.
- Hal itu dikatakan demikian kerana peranan guru masih kekal dan terlalu istimewa di dalam kelas bahasa. (2) Hal itu dikatakan demikian kerana mereka berpeluang melakukan latihan dan seterusnya membentuk kemahiran berfikir pada aras yang lebih tinggi. Zaitul Azma Zainon Hamzah, “Bahasa Lestari Pelajar Bestari”, Pelita Bahasa, Jun 2009, halaman 10 – 11.
- Hal itu dikatakan demikian kerana watak ialah pelaku yang memainkan peranan penting untuk menyampaikan sesebuah cerita. Munsyi Sastera, “Cabaran Watak Sampingan dalam Putera Gunung Tahan”, Pelita Bahasa, Jun 2009, halaman 30.
- (1) Hal itu dikatakan demikian kerana prestij yang ada pada bahasa Inggeris selaku bahasa antarabangsa/dunia, berbanding dengan bahasa Melayu, bukan sahaja akan menyaingi bahasa Melayu, tetapi juga akan meranapkan imejnya. (2) Hal itu dikatakan demikian, antaranya, kerana status yang bakal diperoleh dengan melibatkan diri dengan bahasa Melayu, dari segi linguistik dan budaya, tidak sebesar dan sehebat yang akan diperoleh daripada penglibatan dengan bahasa Inggeris. Teo Kok Seong, “Cara Merawat Bahasa yang Sakit”, Pelita Bahasa, Julai 2009, halaman 13 - 14.
- Hal ini dikatakan demikian kerana kata nama yang menjadi inti frasa nama yang diikuti penerang kata kerja atau kata adjektif telah digugurkan dalam struktur permukaan ayat tersebut. Kho Thong Eng, “Perihal Pengguguran dalam Ayat”, Pelita Bahasa, Julai 2009, halaman 17.
- Hal itu dikatakan demikian kerana papan tanda trafik memuatkan banyak jenis ayat, seperti ayat penyata dan ayat perintah. S. Nathesan, “Belajar Bahasa dengan Papan Tanda Trafik”, Pelita Bahasa, Julai 2009, halaman 34.
- Hal itu dikatakan demikian kerana seni kata dalam lagu secara amnya terdedah kepada kesalahan tatabahasa. La Hami Ahmad, “Tahniah, Pelita Bahasa!”, Pelita Bahasa, Ogos 2009, halaman 4.
- (1) Hal itu dikatakan demikian kerana dewasa ini telah diterima umum bahawa “menuturkan bahasa orang lain” melibatkan lebih daripada sekadar pertimbangan linguistik. (2) Hal itu dikatakan demikian kerana penterjemahan mampu mempromosikan pengajian Malaysia atau Melayu di luar negara, sekali gus membolehkan masyarakat antarabangsa lebih memahami bangsa dan negara Malaysia, selain memaklumatkan penduduk negara ini tentang masyarakat luar negara. Abang Patdeli Abang Muhi, ‘Penterjemahan Mengembangkan Bahasa Melayu”, Pelita Bahasa, Ogos 2009, halaman 9 – 10.
- Hal itu dikatakan demikian kerana perkara yang sedia maklum dalam situasi perbualan tersebut telah digugurkan. Kho Tong Eng, “Yang Indah Itu Kepelbagaian”, Pelita Bahasa, Ogos 2009, halaman 16.
- Hal itu dikatakan demikian kerana bunga-bungaan tersebut sebagai gambaran alam flora *yang begitu dekat di hati masyarakat Melayu. Mohd. Nazeli Ahmad, “Bunga dalam Pantun Melayu”, Pelita Bahasa, Ogos 2009, halaman 27.
- (1) Hal itu dikatakan demikian kerana sekiranya mereka datang ke Malaysia dari China atau India dan tidak mahir bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik, alternatif yang terbaik adalah dengan menggunakan bahasa ibundanya. (2) Hal itu dikatakan demikian kerana ada orang di sesetengah negara yang mengagungkan bahasa mereka berbanding dengan bahasa asing. Muhamad Rafiq, “Bahasa Melayu Medium Penyatuan Bangsa”, Pelita Bahasa, Ogos 2009, halaman 29.
- Hal itu dikatakan demikian kerana fungsi komputer kini bukan lagi khusus untuk keperluan pejabat, tetapi juga untuk keperluan lain yang tidak terbatas, mencakup keperluan keluarga. Mohd. Fauzi Mahmad, “Kejayaan dalam Peperiksaan”, Pelita Bahasa, Ogos 20098,halaman 32.
- (1) Hal itu dikatakan demikian kerana guru berperanan sebagai agen transformasi dalam dunia pendidikan. (2) Hal itu dikatakan demikian kerana di samping keberkesanan pores pengajaran dan pemelajaran yang dijalankan, guru dapat mencungkil dan mengembangkan kecerdasan yang ada dalam diri setiap pelajar. Rozinah Ramli, “Lapan Kecerdasan untuk Melahirkan Pelajar Cemerlang”, Pelita Bahasa, Ogos 2009, halaman 38 – 40.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan