19 Mac 2009

Kajian PEMBINA: Tamatkan PPSMI

5. Usul

5.1. PEMBINA mencadangkan supaya dasar PPSMI ditamatkan dan dikembalikan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ke dalam Bahasa Melayu mulai peringkat Sekolah Rendah hingga ke peringkat Universiti, iaitu mengikut dasar seperti mana sebelum PPSMI diperkenalkan pada tahun 2003.

5.2. PEMBINA amat yakin bahawa untuk meningkatkan penguasaan dankemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris melalui pengajaran dan pembelajaran Matematik adalah salah dan menimbulkan kerugian berganda double jeopardy kepada murid-murid terutama murid-murid yang berprestasi sederhana dan lemah dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

Oleh itu diusulkan bagi memperkasakan bahasa Inggeris murid-murid hendaklah melalui pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri dengan menggubal, meminda atau menambahbaikkan kurikulum, kaedah pedagogi dan teknik pengajaran dan pembelajaran, penambahan waktu Bahasa Inggeris, peningkatan tahap kecekapan guru dan sebagainya.

Usul ini dibuat adalah berdasarkan dapatan kajian dan justifikasi tahap kompetensi guru serta impaknya terhadap pembinaan modal insan murid, khususnya murid Melayu, bandar mahupun luar bandar, termasuk kawasan FELDA, Pulau, Pedalaman dan Sekolah ASLI.

Adalah jelas bahawa pelaksanaan PPSMI gagal untuk membina modal insan murid yang berkualiti sebagaimana yang dihasratkan di peringkat awal pelaksanaan PPSMI.Ketelusan, kejujuran, keikhlasan, integriti dan akauntabiliti semua pihak, khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia diharap untuk menghentikan dasar PPSMI ini demi kesejahteraan dan pembangunan modal insan murid.


Laporan eksekutif kajian penuh PEMBINA di sini atau di sini.

Tiada ulasan: