Pangram berasal daripada bahasa Greek pan (setiap) dan gramma (huruf). Pangram dikenali juga sebagai ayat holoalphabetic. Pangram yang persis menggunakan setiap huruf sekali sahaja dalam sesuatu ayat. Contohnya, Jink cwm, zag veldt, fob qursh pyx.
Ayat yang tertinggal satu atau beberapa huruf dinamakan lipogram. Contohnya, “The quick brown fox jumped over the lazy dog”. Tidak terdapat huruf s dalam ayat ini.
Jikalau tuan ada pangram atau lipogram bahasa Melayu, sila catatkan dalam ruangan ulasan. Jikalau tuan ialah guru Bahasa Melayu, tuan dapat menggalakkan pelajar berfikir dengan meminta mereka mencipta pangram dan lipogram bahasa Melayu. Tuan dapat menjadikan penciptaan pangram dan lipogram sebagai aktiviti pengayaan atau gerko. Selamat mencuba.
Pedoman Bahasa (JPEG) 046. Kosa Kata Pangram dan Lipogram.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan