17 Mac 2009

Perkataan “Kemenjadian” Boleh Digunakan

Sari “Soal Jawab Bahasa”, majalah Pelita Bahasa, Januari 2009.

1
Perkataan kemenjadian menepati rumus pembentukan kata bahasa Melayu. Perkataan ini, yang sudah digunakan secara meluas, boleh terus digunakan. Perkataan ini dijangka menjadi kata masukan Kamus Dewan, edisi kelima.

2
“Mereka yang pakar dalam bidang itu, seperti ahli akademik dan pakar bahasa, hendaklah menyebarluaskan bahasa Melayu melalui laman web atau blog bagi membolehkan masyarakat dunia untuk mendekati dan mempelajari bahasa Melayu.” Munsyi Dewan, Pelita Bahasa, Januari 2009, halaman 49.

Tiada ulasan: